Perlukan Lebih Cucian
Wanita berambut halus mungkin merasakan yang sesi mencuci rambut di awal pagi hanya akan kekal dengan efeknya sehingga waktu tengahari sahaja sebelum ia mula berminyak. Hanya kerana anda merasakan yang anda mempunyai ramai teman yang mengamalkan cucian rambut sebanyak sekali dalam masa tiga hari, tetapi terima hakikat yang ia tidak sesuai untuk kondisi rambut anda. Bahkan pakar rambut menyarankan cucian rambut lebih dari dua kali dalam sehari bagi yang berambut halus. Sebaiknya, bilas dan kurangkan penggunaan shampu. Anda dapat melihat hasilnya yang memuaskan selepas anda mengurangkan penggunaan bahan kimia pada rambut.