Sublimic kini melancarkan Lucentic Oil baharu—minyak kemasan rambut ultra-ringan yang direka khas untuk menangani setiap masalah rambut, sekali gus menyerlahkan kilauan rambut yang sebenar dan mencuri perhatian.
Shiseido Professional secara rasminya mengumumkan pelancaran “Lucentic Oil,” sebuah solusi penjagaan rambut premium eksklusif di salun daripada jenama terkemuka mereka, SUBLIMIC. Minyak rambut premium ini bakal membuat kemunculan sulung di 7 pasaran Asia.
Hari ini, mereka yang obses dalam hal penjagaan rambut mahukan sesuatu yang lebih, bukan sekadar hasil yang nampak di mata. Mereka mencari produk yang bukan sahaja terbukti berkesan, malah mampu memberikan rasa tenang dan kepuasan emosi yang menyeronokkan.
Menyahut cabaran dan memenuhi kehendak ini, Shiseido Professional memperkenalkan Sublimic Lucentic Oil, sejenis minyak rambut yang bukan biasa-biasa. Ia terhasil dari dua ramuan utama iaitu Minyak Meadowfoam dan minyak jojoba. Minyak meadowfoam menyerlahkan kilauan dan kelembutan rambut.
Manakala minyak jojoba pula bertindak melindungi dan merawat rambut dari dalam. Ia dicipta khas untuk memberikan sensasi rambut yang ringan dan selesa secara serta-merta, sambil menawarkan penjagaan rambut yang menyeluruh.
Sebelum ini, minyak rambut biasa sering bergelut untuk memberikan kelembutan, rambut yang mudah diurus, dan kilauan yang bertahan lama, walaupun kebanyakannya mengatakan produk mereka tidak meninggalkan rasa melekit mahupun kilauan yang kekal lama.
Bukan itu sahaja, bau harum yang tahan lama juga sukar dicapai, membuatkan kita sukar untuk mendapatkan pelbagai manfaat dalam satu botol. Akibatnya, pengguna sering terpaksa berkorban demi memilih satu manfaat sahaja.
Kini, Sublimic Lucentic Oil hadir untuk menghentikan segala kompromi tersebut! Dengan formula khas yang merawat rambut dari dalam dan luar, ia memberikan rasa ringan serta-merta sambil meningkatkan kelembutan dan menjadikan rambut super mudah diurus.
Hasilnya? Sentuhan rambut yang terasa sangat mewah, lembut, dan menyenangkan. Melalui penjagaan multidimensi ini, rambut anda akan kembali sihat semula jadi dan akhirnya memancarkan kilauan yang halus dan menawan.
SENTUHAN TEKNOLOGI
Pendekatan inovatif ini membolehkan Lucentic Oil menyelesaikan dilema penjagaan rambut yang lama terpendam, sekali gus memberikan penjagaan multidimensi yang sebenar.
Advanced Multi-Care Solution
Lucentic Oil hadir dengan lapisan pelindung berprestasi tinggi yang melekat sempurna pada setiap helaian rambut, memberikan penjagaan efektif tanpa rasa berat. Formula hebat ini mampu menyelesaikan pelbagai masalah rambut, daripada menyerlahkan kilauan dan kelembutan selembut sutera, hinggalah membuatkan rambut rosak lebih terurus dan sihat.
Dual Enhance Technology
Rahsia utama formula ini terletak pada Lucentic Complex, iaitu gabungan semula jadi minyak jojoba dan minyak meadowfoam. Berfungsi dari dalam ke luar, kompleks ini menaikkan seri cahaya dalaman dan permukaan rambut.
Hasilnya? Rambut kelihatan bersinar lembut, semula jadi, dan beralun cantik! Melalui sinergi mantap dua bahan premium ini, ia membantu menghalang cahaya daripada berselerak pada rambut, sekali gus menyerlahkan kilauan yang memukau.
Aroma Menenangkan
Diinspirasikan oleh aura “queen of the night”, minyak rambut ini membawakan wangian eksklusif berunsurkan kayuan dan bunga-bungaan (woody floral). Setiap kali terhidu, haruman manis yang mewah dan menenangkan ini akan mengubah rutin penjagaan rambut anda menjadi satu momen self-pampering yang sangat menenangkan.





