Teks : Razin Mohd
Masalah rambut dalam kalangan wanita berhijab sudah jadi antara masalah lazim terutamanya cuaca panas yang diharungi hari ini. Dengan rasa prihatin EH! Mahu kongsikan rahsia rambut sihat dan selesa biarpun dibawah balutan hijab.
Kalau sudah cantik di dalam balutan hijab trendy seperti tudung Neelofa, Duck, Arzu dan sebagainya pastinya anda tidak mahu ada rasa sakit kepala, rengsa, gatal atau masalah rambut berbau, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas lembap di Malaysia. EH! percaya anda juga mahu jadi wanita on-the-go dan aktif biarpun dalam apa jua suasana dan keadaan.
Hari ini kita semua berada di dalam perlumbaan fesyen yang sentiasa berubah-ubah, ramai wanita berhijab sudah berani mencuba sesuatu yang baru, ia juga turut mempengaruhi mereka untuk lebih bebas melakukan hal-hal pekerjaan dan peribadi dengan selesa sepanjang hari. Oleh itu, EH! mahu kongsikan beberapa tip atau panduan yang boleh dicuba untuk rambut yang lebih sihat, segar dan selesa.