Mengintip rahsia kulit bersinar gadis Korea Selatan. Glow Recipe merentas benua demi memperkenalkan produk serba inovasi dan clean.
Glow Recipe diasaskan oleh Sarah Lee dan Christine Chang pada 2017. Ramuan buah-buahan menjadi highlight utama mengapa jenama terus digilai peminat K-Beauty. Watermelon Glow Sleeping Mask dan Blueberry Bounce Gentle Cleanser antara paling laris hingga tempahan melebihi 8000 dan sentiasa sold out! Produk ini boleh didapati di Sephora.my . Saya sendiri sempat menemubual bersama kedua pengasas ini, kulit muka mereka masing-masing glow! Cemburu dibuatnya. Sempatlah saya mengorek rahsia mereka mengenai kehebatan produk Glow Recipe.
Di samping, pemilihan ramuan buah-buahan, apakah remedi kecantikan anda yang dipraktikkan sejak kecil?
Sejak dari kecil, kami membesar dengan bahan semula jadi terutama remedi kecantikan. Kami didedahkan dengan khasiat setiap ramuan seperti madu, teh hijau dan yogurt. Ibu saya (Christine Chang) sering ke dapur dan hanya menggunakan bahan semula jadi untuk membuat masker muka. Sebab itu, masker Glow sangat sesuai digunakan setiap hari kerana teksturnya ringan dan senang.
Apakah keunikan Watermelon Glow Sleeping Mask ?
Inspirasi diceduk daripada petua orang Korea yang ingin menyejukkan tubuh badan hanya dengan menggosok buah tembikai sejuk untuk menurunkan suhu panas badan. Oleh itu, kami berjaya membawa kehebatan ramuan buah ini dalam produk paling laris di Glow Recipe. Selain itu, Watermelon Glow Ultra Fine Mist turut menjadi pilihan ramai kerana memberi kesegaran segera pada kulit muka kerana ia punya kandungan hyaluronic acid.
Kenapa kita perlu sapu krim mata sebelum serum ?
Kami percaya jika anda sapukan krim mata sebelum meletakkan serum dapat melindungi kulit sekeliling mata dengan produk punya kandungan ophthalmologist.
Apakah cadangan anda untuk wanita yang sibuk bekerja dan tidak punya masa tetapi ingin kulit yang sihat dan cantik?
Saya cadangkan anda menggunakan Blueberry Bounce Gentle Cleanser dan Watermelon Glow PHA+BHA Pore-Tight Toner. Setelah itu, sapu Watermelon Glow Sleeping Mask tunggu 5 minit dan basuh dengan air yang bersih atau cuci keesokan harinya. Jangan lupa titiskan Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops untuk kesan lebih bersinar tanpa perlu pakai mekap!
Artikel berkaitan Berry Beautiful! Khasiat Buah Beri Untuk Cantik