Kala berada di rumah, segalanya menjadi keutamaan terutama dalam penjagaan tubuh badan. Pilihan ramuan Vegan adalah rahsia untuk badan segar dan harum.
Tahukah anda aroma harum pengikat kasih! Kerana dengan aroma ini membangkitkan mood sensual bersama pasangan. Sudah menjadi trend terkini, setiap produk penjagaan tubuh badan punya kegunaan multifungsi. Seperti barisan produk mandian yang ingin EH! Tampilkan ini ada duo-fungsi iaitu harumkan bau badan dan juga melindungi permukaan kulit tubuh badan daripada kering dan tona tidak sekata. Boleh dikatakan ada fungsi rawatan secara intensif.
KOLEKSI SUMMER THE BODY SHOP
Membawa mood Summer dalam diari harian anda di rumah. The Body Shop memperkenalkan dua koleksi Vegan serba eksklusif dan istimewa. Meet you summer MVBP (Most Valuable Beauty Products) iaitu Fresh Raspberry Juicy & Tang Body Care dan Cool Daisy Floral & Refreshingly Scented Body Care.
FRESH RASPBERRY
Koleksi istimewa ini kaya dengan pati minyak biji Raspberry atau ekstrak buah penuh berkhasiat. Kembalikan rutin skrub tubuh badan anda bersama aroma segar buah Raspberry dan meninggalkan bau buah segar pada kulit badan. Lengkapkan rutin anda bersama Fresh Raspberry Whipped Body Butter (Bakal berada di pasaran), Fresh Raspberry Hydrating Body Mist (bakal berada di pasaran), Fresh Raspberry Shower Gel (RM34) dan Fresh Raspberry Exfoliating Body Scrub (RM113).
COOL DAISY
Sesegar bunga daisy dan bau sepertinya jua! Edisi istimewa Vegan ini bakal meninggalkan pengalaman mandian paling bermakna buat diri anda. Sesuai untuk musim panas kerana aromanya sangat segar dan terlalu harum bab anda berada di ladang bunga Daisy. Koleksi lengkap perlu anda miliki adalah seperti Cool Daisy Body Yogurt (pelembap kulit sesudah mandian) RM63, Cool Daisy Shower Gel (RM34) dan Cool Daisy Hydrating Body Mist (bakal berada di pasaran).