Kulit yang mulus, anjal dan berseri kini bukan lagi satu hal yang sukar untuk dikecapi kerana SK-II telah menghasilkan teknologi baharu buat kulit yang lebih sihat dan remaja. Teknik sapuannya juga tersendiri.
Masalah penuaan kulit sudah jadi mimpi ngeri buat ramai wanita dalam serta luar negara, seolah-olah tiada lagi jalan untuk memiliki kulit yang sihat, anjal dan tampak lebih remaja. Namun jenama kecantikan Nombor satu Jepun, SK-II memberi resolusi baharu dan menyelesaikan masalah berjuta wanita berusia lebih dari 35 tahun, untuk kulit wajah yang lebih remaja dan berseri bak kristal.
Pemenang anugerah rangkaian anti-penuaan Radical New Age Power (R.N.A) terdiri daripada tiga produk berkuasa R.N.A Essence, R.N.A Cream dan R.N.A Eye Cream. Ketiga-tiga produk berkuasa ini dirumus bersama bahan signatur SK-II iaitu Pitera™ bersama RNArhitect™ Complex² yang mana ia membantu membina semula kecantikan dari dalam bagi hasil kulit wajah yang lebih muda.
Dikenali dan diakui kehebatan dalam menghasilkan rangkaian produk anti-penuaan terbaik, SK-II juga berkesperimen dengan teknologi baharu dan menghasilkan peranti Magnetic Booster. Peranti ini meningkatkan penyerapan tiga kali ganda lebih berkesan berbanding dengan aplikasi menggunakan tangan, ini adalah kerana peranti ini dihasilkan dengan Magnetic Micropluse Technology yang menghasilkan getaran yang konsisten dan lembut pada 7000 getaran magnet setiap minit.
DAPATKANNYA SEKARANG!
The Magnetic Booster dijual dalam dua set yang berbeza, sama ada R.N.A. Power Magnetic Kit (bersama R.N.A. Power Cream 80g dan Magnetic Booster) pada harga RM 675 atau R.N.A. Power Essence Magnetic Kit (Bersama R.N.A. Essence 50ml dan Magnetic Booster) pada harga RM 722. Kunjungi kaunter SK-II hari ini.