Citra Cantik kali ini membawakan 3 orang selebriti menawan yang tampil bagi dandanan perkahwinan. Konsep solekan yang ditampilkan oleh 3 jurusolek terkenal seperti Tiar Zainal, Najeeb Azami dan Bosco Ryzal menaikkan lagi seri selebriti-selebriti ini di samping manis berbusana pengantin.
Solekan berkabut ringan menemani gaya resepsi. Sekadar berhias tiara tanpa selendang mauhpun layah, hanya dandanan kemas menyempurnakan raut wajah.
Busana: InnaiRed
Tiara: Rizalman Ibrahim
Serba serbi ringkas, namun seri pengantin menyempurnakan solekan. Bibir beroles gincu merah samar dan mata bercalit pembayang mata jenis pigmen rona gangsa.
Kurung Moden & Selendang Renda: Rizalman Ibrahim
Resepsi nan ringkas dihidupkan dengan solekan minimum. Seiring dengan keraian ruang terbuka, bibir dicalit dengan rona jingga samar. Manis dan segar!
Gaun Renda: Albert King
Subang: Rizalman Ibrahim
Cincin: InnaiRed
Dapatkan tips solekan serta senarai produk lengkap yang digunakan untuk ketiga-tiga selebriti ini di dalam EH! Jun ini. Layari juga video di sebalik tabir solekan mereka di www.dev.eh.my