Peranti kecantikan ageLOC® Boost™ yang menggunakan teknologi Variable Pulse Microcurrent merawat kulit wajah dalam masa beberapa minit hanya di hujung jari.
Zaman sekarang ini semuanya mahu cantik segera! Segalanya di hujung jari. Jenama kecantikan Nu Skin memperkenalkan peranti ageLOC® Boost™yang digandakan bersama teknologi canggih iaitu Variable Pulse Microcurrent boleh digunakan secara arus berubah-ubah untuk memberi efek kulit tampak lebih cerah, gebu dan anjal dalam masa beberapa mini sahaja.
Baru-baru ini Nu Skin menyambut ulang-tahun ke-20 sejak kali pertam ditubuhkan pada tahun 2001 dan mengatakan penyelidikan menerusi peranti terlaksana dengan penuh teliti demi dapatkan hasil yang cukup evolusi dan luar biasa. Peranti ageLOC® Boost™ bersaiz kecil sebesar telapak tangan sangat mudah dilaraskan dan ianya juga berkuasa. Penggunaan lebih efektif bersama ageLOC® Boost™ Activating Treatment memberi kesan secara menyeluruh.
Hanya 2 minit sahaja diperlukan untuk mendapat kulit idaman anda. Penggunaan peranti ageLOC® Boost™ hanya perlu dicas penuh sebelum digunakan untuk melakukan urutan pada kulit wajah. Aliran arus mikro ini mengoptimumkan kulit lebih berseri dan muda. Antara kelebihannya seperti mengurangkan tanda penuaan pramatang, mengurangkan penampakan bintik hitam dan hiperpigmentasi, pulih warna kulit sekata, kulit lebih lembut dan berseri, gebu, montok dan anjal.
Nu Skin Malaysia secara tidak langsung mencapai kejayaan tersendiri dengan bina nama sebagai antara syarikat penjualan langsung yang pertama dalam mengedarkan produk anti-penuaan berkualiti premium di bawah kategori penjagaan diri dan suplemen pemakanan. Menurut Dr. Helen Knaggs, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Global, Nu Skin Enterprises, “ Di Nu Skin, kami memahami bahawa industri kecantikan sedang melalui evolusi. Oleh itu, kami berkerja keras demi mencipta produk yang seronok digunakan oleh orang ramai, dan pada masa yang sama membantu mereka tampak dan rasa lebih yakin”.
Anda boleh dapatkan peranti peranti ageLOC® Boost™ melalui pengedar sah dan berdaftar Nu Skin dengan harga di pasaran RM 1,280. Maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Nu Skin.