You got us at 10! Sepuluh manfaat dalam satu botol untuk segala keperluan rambut agar tampil sihat berkilauan. Walaupun ia dikhususkan untuk rambut yang diwarnakan sebagai penambah seri serta melindungi warna, rambut biasa juga boleh meraih manfaat semburan pelbagai guna pilihan kami ini. Jadi apakah sepuluh manfaat semburan yang diformulakan dengan antioksida ini?
Setiap semburan memberikan perlindungan daripada haba sehingga 230°C Sepuluh manfaat dalam satu botol untuk segala keperluan rambut agar tampil sihat berkilauan.jadi seeloknya ia disembur sebelum mengeringkan rambut atau menggunakan alatan dandanan haba lain. Membuatkan rambut tampak berkilauan dan lembut, melembutkan serat rambut, membebaskan daripada kusut, memudahkan anda mengeringkan rambut, membekalkan penghidratan, menghalang daripada putus serta hujung rambut bercabang dan memastikan rambut tidak frizzy.
Sebagai rutin yang lengkap bagi penjagaan rambut yang diwarnakan, mulakan dengan Vitamino Color Shampoo. Syampu dua kali, yang pertama untuk bersihkan rambut, kali kedua untuk merawat rambut. Kemudian, pada rambut yang telah dikeringkan dengan tuala, ratakan Vitamino Color Mask sepanjang rambut dan pulas hujung beberapa bahagian rambut agar menyerap segala manfaat perawatan dan biarkan tiga hingga lima minit sebelum dicuci dengan air. Akhir sekali, semburkan Vitamino Color Spray pada rambut yang lembap atau kering dan gayakan seperti biasa. Tak perlu bilas ya.
Jika anda amalkan rutin ini, hasil yang anda lihat selepas sesi mewarna rambut di salon pasti bertahan lama. Jangan hanya warnakan rambut tetapi tidak menjaga dengan betul bila pulang ke rumah. Elakkan daripada warnanya cepat luntur serta kelihatan kusam dengan Vitamino Color 10 In 1 Perfecting Multipurpose Spray pada penghujung setiap rutin penjagaan rambut anda. Rambut akan kelihatan makin berseri dan sihat dari hari ke hari.