Produk penjagaan rambut yang tersedia di pasaran mungkin dapat menyelesaikan masalah rambut yang anda hadapi, tetapi harganya boleh membuatkan berfikir dua kali untuk membelinya. Apabila difikir semula, mengapa berhabis ratusan ringgit untuk rambut yang menawan walhal penyelesaian ada di dalam almari rumah anda sendiri? Tip di bawah ini mungkin dapat membantu anda!
Gambar: INGimage
KENALI PUNCA RAMBUT GUGUR ANDA >>
Hujung Rambut Bercabang dan Kusut
Campurkan estrak agar-agar yang tidak berperisa bersama dengan segelas air dan satu sudu cuka epal. Urut kepala dengan campuran ini ketika anda sedang mencuci rambut dan biarkan selama 5 sehingga ke 15 minit. Petua ini sangat popular di Mexico kerana keberkesanannya merawat rambut kusut dan bercabang.
VIDEO RAMBUT TERBAKAR BERI POPULARITI >>
Rambut Rosak Akibat Pendandan
Sekiranya anda kerap meluruskan rambut atau mendandan menggunakan pendandan rambut, haba yang terkena ke atas permukaan rambut boleh merosakkannya. Di Jamaica, rata-rata wanita menggunakan kaktus untuk melawan kerosakan rambut yang dialami. Potong kaktus, ambil minyaknya dan campurkan dengan syampu anda ketika mencuci rambut. Ia mampu memberikan kelembapan semula jadi kepada mahkota anda.
Rambut Nipis
Bukan semua orang dikurniakan rambut yang lebat. Tetapi ada caranya untuk anda menutup kelemahan itu. Kanji yang anda gunakan untuk baju boleh digunakan untuk memberikan volume kepada rambut anda secara semula jadi. Semburkan kanji ke bahagian akar rambut yang kering dan ia akan memberikan tekstur kepada rambut anda yang mampu menaikkan rambut dari akarnya.
WARNA RAMBUT TERHANGAT 2013 >>
Kulit Kepala Kering dan Berkelemumur
Tumbuk panadol ataupun pil ubat-ubatan yang keras di rumah dan campurkan dengan syampu anda. Ketulan pil tersebut mampu bertindak sebagai skrub yang boleh membersihkan kulit kepala ketika anda mencuci rambut.