Y.O.U Beauty memperkenalkan siri rawatan terbaru, AcnePlus dalam mengatasi masalah kulit jerawat menggunakan teknologi terkini.
Kulit berjerawat sering datangkan masalah kepada setiap individu malah menjejaskan keyakinan peribadi seseorang. Y.O.U Beauty membawakan siri produk terbaru AcnePlus yang dibangunkan dengan teknologi terkini dan menggunakan ekstrak semula jadi .Siri ini juga bukan sahaja merawat jerawat, tetapi bertindak aktif dalam menyembuhkan dan melindungi kulit wajah dengan segera. AcnePlus diinovasikan bersama 4D Centella dan Herbal Fusion Actives iaitu minyak Corn Mint, ekstrak Amur Cork Tree Bark dan ekstrak Witch Hazel.
Menariknya mengenai ramuan utama AcnePlus, ekstrak 4D Centella mengandungi 4 sebatian bioaktif utama yang mempunyai ciri anti-radang dan antibakteria. Juga sebagai ejen pencegahan hiperpigmentasi dan tingkatkan penyembuhan kulit wajah. Herbal Fusion Actives seperti minyak Corn Mint, Amur Cork Tree Bark dan Witch Hazel ini membantu mengurangkan keradangan sambil memberikan aroma yang menyegarkan.
Bagi anda yang ingin memerangi masalah jerawat, hanya perlu lakukan 5 langkah mudah iaitu membersih, menyerikan, mengimbangi, menyuburkan dan melembapkan. Setiap produk dalam siri AcnePlus memainkan peranan yang berbeza dan dirumus dengan pelbagai jenis sebatian penting untuk merawat kulit dengan berkesan.
AcnePlus Calming Cleanser
Kandungan pembersih pH rendah ini diperkaya dengan minyak Corn Mint untuk menanggalkan kotoran dan menyegarkan kulit dengan lembut. Juga diperkaya dengan ekstrak Centella 4D dan Herbal Fusion Actives yang bertindak sebagai mengurangkan keradangan kulit. AHA, BHA dan PHA juga terkandung membantu mengelupas sel-sel kulit mati secara lembut.
AcnePlus Balancing Skin Toner
Kehadiran Niacinamide (Vitamin B3) untuk mengimbangi pH kulit dan menghilangkan sebum berlebihan. Herbal Fusion Actives yang bertindak sebagai mengurangkan keradangan kulit.
AcnePlus Complete Solution Serum
Bertindak sebagai melegakan keradangan kulit dan menggalakkan kulit yang lebih baik. Kandungan formula seperti asid hialuronik, Herbal Fusion Actives, Vitamin A, B,C, E menawarkan proses memperbetulkan kulit wajah agar kelihatan lebih bersinar dan sihat.
AcnePlus Triple Action Spot Care Balm
Berfungsi untuk melawan jerawat dan mengurangkan bakteria yang menyebabkan kulit berjerawat. Balsem ini cukup berkesan dan bertindak pantas dalam merawat kesan jerawat dan jeragat. Kandungan Irriguard® serta ramuan 4D Centella, Herbal Fusion Actives dan Niacinamide untuk mengurangkan keradangan dan kulit akan lebih licin dan sihat. Irriguard® dibuat dengan 5 jenis herba (akar Astragalus, akar Fang Feng, bunga Calendula, bunga Mimosa dan akar Tian Ma) untuk melegakan keradangan kulit membaiki kulit yang rosak.
AcnePlus Skin Defense Moisturizer
Mengurangkan kemerahan dan cela pada kulit wajah. Dan mengurangkan kerengsaan kulit. Kandungan Allantoin membantu merawat atau mencegah kerengsaan kulit yang kering, kasar, bersisik, gatal dan kecil. Panthenol bahan semula jadi untuk melembutkan, melegakan dan mencegah kerengsaan dan kehilangan air. Tidak ketinggalan kandungan Niacinamide dan Irriguard®.
AcnePlus diuji secara dermatologi dan bebas kandungan alkohol, bebas minyak mineral, bebas pewangi sintetik dan bebas pewarna tiruan. Siri ini boleh didapati secara eksklusif di Watsons dengan harga RM16.90- RM29.90 serta nikmati diskaun 10%. Layari laman sosial media rasmi Y.O.U Beauty Malaysia di setiap platform Facebook, TikTok dan Instagram.