Selain daripada mempunyai rutin penjagaan kulit yang lengkap, pilihan kosmetik bertepatan juga memainkan peranan penting. Y.O.U Beauty memahami kehidupan kita yang kini telahpun berubah sejak pandemik. Ramai yang mengalami masalah maskne kerana memakai pelitup wajah berjam-jam terutama sekarang ini kita sudahpun kembali ke pejabat. Barisan di bawah ini adalah produk kosmetik patut anda cuba :
The Simplicity Color Corrector Cushion
Berfungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai pelembab & pencerahan yang bukan sahaja memberikan anda flawless glow, tetapi juga mengandungi Green Purslane untuk merawat dan melindungi kulit daripada sinaran UV dan mencerahkan kulit. Formulanya juga lembut pada kulit dan ringan yang memberikan keselesaan sepanjang hari. Harga RM47.90
The Simplicity Flawless Skin Compact Powder
Tekstur ringan, pada masa yang sama ia menutup cela dan tona kulit tidak sekata dengan sempurna, memberikan rupa lembut tanpa cela sepanjang hari. Ia juga membantu menyerap sebum berlebihan untuk memberikan anda penampilan yang segar. Harga RM29.90
The Simplicity Eyeshadow Quad
Hadir dengan 4 warna dalam satu palet dalam menampilkan solekan berdimensi dan sesuai untuk semua acara. Formulanya sangat berpigmen yang akan membantu anda mencapai rupa yang menarik perhatian. Harga RM26.90
Stay All Day Eyeliner
Penggaris mata tahan lama sepanjang hari ini punya 7 kelebihan termasuklah kalis air, kalis peluh, anti geseran, kalis comot, kalis pemindahan, anti luntur dan garisan dakwat berterusan. Bagi kening pula, Teardrop Brow Definer mesti dimiliki ialah Extra Slim Eyebrow Pensil dan Teardrop Brow Definer, ia mempunyai hujung ultra slim iaitu hanya 1.5mm yang membolehkan anda mencipta sapuan semula jadi. Ia diperkaya dengan ekstrak Camellia untuk memastikan kening anda dipelihara dan lembap. Harga RM39.90 (penggaris mata) dan RM24.90 (penggaris kening)
Rouge Velvet Matte Lip Cream
Produk paling laris, Rouge Velvet Matte Lip Cream, formulanya mempunyai kemasan baldu yang ringan dan ia tidak terasa melekit atau berminyak pada bibir. Krim bibir ini diperkaya dengan minyak kelapa dan Vitamin E. Rangkaian warna adalah pelbagai dengan 14 warna cantik, sesuai untuk semua jenis warna kulit dan majlis! Harga RM36.90