Wajah kusam dan penat biasanya terjadi akibat kurang tidur, tekanan, terdedah pada pencemaran serta juga dari faktor pemakanan.
Masalah itulah yang sering terjadi di kalangan wanita bekerjaya masa kini. Disebabkan masalah tersebut, wajah kelihatan kurang bermaya sekaligus menghilangkan seri pada wajah.
Bukan sahaja ia boleh mengundang lebih banyak masalah kulit lain, malah ia boleh mengurangkan keyakinan diri sekaligus merosakkan reputasi kerjaya di tempat kerja.
Atas sebab itu, sebaiknya jalani rawatan wajah sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Bukan sahaja mampu meredakan segala masalah iritasi pada kulit, bahkan pada masa yang sama wajah akan lebih berseri dari sebelumnya.
Elemis Skin Specific Facial adalah salah satu rawatan wajah yang saya cadangkan jika anda mahu menjalani rawatan wajah kerana ia bukan hanya mampu mengembalikan keserian wajah, malah mengatasi masalah kulit yang dialami.
Anda boleh jalani rawatan ini di mana-mana rangkaian Mandara Spa di Malaysia termasuklah di Sunway Resort Hotel & Spa, Renaissance Kuala Lumpur, Sheraton Imperial serta banyak lagi lokasi lain di Malaysia.
Saya kongsikan pengalaman saya ketika menjalani rawatan wajah Elemis Skin Specific Facial di Mandara Spa untuk informasi anda.