Amtmosfera butik Christian Dior di awal perkenalannya menjadi inspirasi utama koleksi edisi terhad Miss Dior Blooming Boudoir.
Sejak awal perkenalan jenama Christian Dior, rumah fesyen couture ini sudah mengangkat dunia kecantikan sama dengan fesyen. Di awal perkenalan rumah fesyen ini, sering sahaja mereka menganjur acara pertunjukan fesyen tertutup lagi eksklusif, khusus buat pelanggan setianya lebih-lebih lagi untuk wanita bangsawan di era itu.
Model-model akan bersiap di satu kamar yang dihias cantik berdekatan dengan ruang pertunjukan. Selain alat riasan wajah, mejanya turut terhias indah dengan haruman sulung Christian Dior, Miss Dior.
Dan dari senario inilah terlahirlah inspirasi untuk koleksi yang dinamakan sebagai Miss Dior Blooming Boudoir ini. Himpunan ini adalah ilham daripada kamar model bersiap atau dipanggil ‘cabine’. Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Make-Up mencipta satu koleksi edisi terhad yang diilhamkan dari suasana model bersiap sebelum persembahan couture tertutup Christian Dior buat pelanggan bangsawannya suatu ketika dulu. Koleksi ini juga dicuri inspirasinya dari Miss Dior, minyak wangi pertama Dior sendiri.
Miss Dior Blooming Boudoir
Peter memperkenalkan Diorshow 10 Couleurs 002 Blooming Boudoir, sebuah palet yang menghimpunkan warna-warna buat mata dan pipi. Kelompok warna yang jadi pilihan ialah merah jambu, jingga dan coklat yang dipersembahkan dalam pelbagai ton.
Koleksi ini juga dilengkapi dengan bedak tabur Dior Forever dalam ton 050- Lavender, satu warna yang bersifat universal, sesuai dengan semua jenis ton kulit.
Tidak lengkap koleksi ini jika tiada gincu. Miss DIor Blooming Boudoir disemprunakan dengan Dior Addict Lip Glow 059 Red Bloom dan juga Dior Addict Lip Maximizer 051 Nude Bloom untuk anda yang mahukan sesuatu yang nampak natural.
Koleksi ini juga lebih meriah dengan kehadiran haruman (semestinya) dan lilin wangi. Ada juga minyak dan susu mandian serta gel pelembap tubuh. Kesemua produk ini pastinya menjadi pelengkap kepada ‘ritual’ berhias anda.
Boleh dapatkan himpunan di butik Dior Beauty atau secara dalam talian di pautan INI.
BACA: Le Baume, Produk Penjagaan Kulit Terbaru Dior Kesukaan Jisoo