Gadis cantik berusia 23 tahun ini sudah mula mencipta nama dalam dunia content creator sejak usia belasan tahun lagi. Bermula dengan hanya sekadar berkongsi selfie dan OOTD di media sosial, siapa sangka kini dia telah menjadi salah satu pempengaruh digital yang dijadikan rujukan utama dalam dunia kecantikan dan fesyen. Memiliki aura tersendiri dan kecantikan semulajadi sebagai bonus, Fyra Alyahya bukan sahaja memikat hati ramai dengan pesona luarannya, tetapi cara dia menjaga dan memastikan rejim kecantikannya terjaga juga telah memberi inspirasi kepada puluhan ribu pengikut di media sosial.
1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apakah yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rejim cantik anda dengan pengikut di media sosial?
Saya mula berminat dengan fesyen dan kecantikan sejak kecil lagi, terinspirasi daripada ibu saya sendiri yang sentiasa menjadi pencinta fesyen. Selepas itu, saya mula berkongsi outfit dan gaya saya yang secara semulajadi mula mendapat perhatian pengikut di media sosial.
2. Produk kecantikan apa yang anda tidak boleh hidup tanpanya, dan mengapa?
My hair tools! Tidak kira apa jua acara, saya akan sentiasa memastikan rambut saya digayakan. Walaupun saya tidak bersolek pada hari itu, my hair needs to be on point!
3. Apa langkah-langkah tambahan yang anda ambil untuk menjaga kesihatan kulit, selain menggunakan produk kecantikan?
Selain rutin penjagaan kulit yang biasa, saya sentiasa pastikan untuk minum banyak air dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
4. Bolehkah anda berkongsi sebarang tip kecantikan yang mungkin tidak ramai tahu, tetapi sangat berkesan bagi anda?
Saya mempunyai kulit yang agak sensitif, jadi setiap malam saya pastikan menggunakan lint roller pada bantal saya untuk membuang sebarang habuk pada sarung bantal dan teknik ini berkesan untuk saya. Saya juga kerap menggunakan mask muka.
5. Bagaimana anda menjaga keseimbangan antara kecantikan dalaman dan luaran dalam kehidupan seharian?
Mengenai kecantikan dalaman, self love and care adalah faktor terpenting bagi saya. Mengutamakan self awareness, keyakinan dan kebahagiaan adalah kunci untuk berasa hebat di dalam diri. Ini biasanya membawa kepada perasaan hebat di luar juga yang membolehkan saya mengekspresikan sepenuhnya melalui gaya fesyen, solekan dan lain-lain.
6. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Setiap kali saya berasa kurang keyakinan, kebiasaannya saya akan bersiap cantik-cantik walaupun hanya duduk di rumah. Saya biasanya akan take a long shower do my hair and makeup sehingga saya berasa segar dan yakin semula.
7. Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada mereka yang baru hendak membina rejim kecantikan sendiri?
Jadi diri sendiri! Setiap orang mempunyai keunikan yang tersendiri, jadi terima saja dan milikinya dengan penuh yakin.
Artikel Berkaitan: Rejim Cantik Bersama Bella Dowanna Halim