Untuk mencari bedak asas yang betul-betul serasi dengan kulit mungkin kedengaran mustahil bagi sesetengah wanita. Lagi-lagi dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran, boleh jadi rambang mata lantas lebih sukar untuk membuat keputusan. Disebabkan itu pentingnya mendengat reviu dari Jurusolek Profesional. Possibility untuk mereka jumpa yang terbaik adalah tinggi kerana they already tried them all!
EH! sempat bertanya pada tiga Jurusolek Favourite untuk tahu their ‘hidden gem’. Jadi bila sangsi, serahkan saja pada yang pakar.
1. Khir Khalid – Giorgio Armani Luminous Silk Foundation
According to Khir Khalid, apabila bercakap tentang bedak asas he is very loyal. Giorgio Armani Luminous Silky Foundation is his all time fave! Lebih 10 tahun dia menggunakannya dengan religiously. “Tekstur bedak asas ini cukup sempurna, ia ringan namun dapat memberikan litupan yang menyeluruh. dan bonus point, ia serasi dengan most all of my clients.
1.Shiyo Joo – Chanel Ultra Le Teint
Kata Shiyo bedak asas Chanel ini cukup ringan namun ia mampu bertahan seharian. Dia juga sukakan kemasannya pada kulit yang tampak cukup sempurna dan cukup natural. “The best part is, saya tidak rasa seperti memakai apa-apa, mungkin dengan kandungan gliserin membuatkan ia sangat selesa pada kulit. Ia juga hadir dengan pelbagai ton rona membuatkan kerja saya lebih mudah apabila menyolek klien, walaupun yang berkulit gelap.”
3. Ummi Nasir – Lancome Teint Idole Ultra Wear
No doubt bedak asas ini hadir dengan formula tahan lama sehingga 24 jam, punyai ton rona yang pelbagai dan kemasan yang cukup natural! Malah Ummi juga ada tip untuk untuk menjadikan pemakaian asas ini lebih sempurna:
1. Sentiasa prep kulit terlebih dahulu. Yakni penggunaan primer, serum atau pelembap sangat penting! Mulakan dengan olesan serum Advanced Genifique untuk kulit lebih terhidrat sempurna malah menjadikan kemasan kulit anda lebih semula jadi.
2. Lapisi bedak asas ini beberapa kali pada bahagian kulit yang lebih bermasalah. Ia mampu menyamarkan cela dan jerawat!
3. Untuk kemasan lebih tahan lama, semburkan setting spray dan anda sedia untuk ke rumah terbuka dari pagi hingga malam!