Sheet mask sentiasa menjadi ‘hero’ dalam dunia kecantikan. Malah, penggunaan yang konsisten boleh memberikan impak pada kulit. Simpan sheet mask dalam peti sejuk untuk extra calming effect dan trust me, kulit anda akan berterima kasih nanti!
Sheet mask bukan sekadar trend ia sudah menjadi rutin wajib buat ramai beauty junkie, termasuk saya sendiri. Sama ada untuk menyelamatkan kulit yang kering, ‘emergency glow’ sebelum event penting, atau sekadar me time selepas hari yang panjang, Malah, penggunaan yang konsisten boleh memberi impak besar pada kesihatan kulit. Tetapi dengan beratus pilihan di pasaran, mana satu yang betul-betul berbaloi untuk dicuba?
Saya telah mencuba beberapa jenama sheet mask yang viral di Internet. Ada yang memberi kesan sekelip mata, ada juga yang memerlukan masa untuk tunjukkan hasil. Jadi, jom saya kongsikan lima sheet mask jenama Korea yang saya rasa paling berbaloi untuk dicuba.
1. MEDIHEAL N.M.F Aquaring Ampoule Mask
Jika kulit anda terasa kering dan kusam, sheet mask ini adalah penyelamat. Diperkaya dengan asid hyaluronik dan ceramide, ia bukan sekadar melembapkan tetapi mampu memberi kesan ‘K-glow’ tanpa rasa melekit atau berat di muka. Teksturnya ringan dan mudah meresap menjadikannya pilihan sempurna untuk dipakai sebelum memulakan solekan.
2. Beauty of Joseon Centella Asiatica Calming Mask
Diperbuat daripada fabrik tencel yang nipis dan lembut, sheet mask ini merupakan pilihan ideal untuk kulit yang memerlukan penjagaan intensif untuk meredakan dan menenangkan kulit yang sensitif atau iritasi, gabungan ekstrak centella asiatica, teh hijau, mugwort dan tiga jenis asid hyaluronik yang bertindak memberikan lembapan menyeluruh dari lapisan dalam kulit, menjadikan wajah terasa segar, tenang dan terhidrat.
3. Dr.Jart+ Dermask Water Jet Vital Hydra Solution
Bila bercakap tentang hidrasi, sheet mask dari Dr.Jart+ adalah pilihan utama. Sangat lembut, mudah dipakai tanpa risiko koyak. dan selepas pakai, kulit terus terasa plump, lembap dan segar sehingga keesokan harinya. Memang agak premium harganya untuk penggunaan harian, tetapi ia adalah pilihan tepat untuk emergency glow up!
4. COSRX Advanced Snail Mucin Power Sheet Mask
Jika anda tidak kisah dengan tekstur yang sedikit melekit, sheet mask berasaskan snail mucin ini berkhasiat untuk kulit yang perlukan penjagaan ekstra. Selepas dua kali penggunaan, kulit akan menjadi lebih halus, anjal, dan tampak lebih sihat. Ia juga membantu mengurangkan parut jerawat secara perlahan. A must-have untuk yang mahu kulit flawless dari dalam.
5. JMSolution Water Lumi S.O.S Ringer Hydrogel Mask
Sheet mask ini penyelamat untuk kulit yang dahagakan kelembapan atau kulit yang terasa tegang, kusaam selepas terdedah kepada cuaca kering. Dengan tekstur hydrogel berkualiti tinggi, ia melekap sempurna pada wajah, memberikan hidrasi serta-merta dan membantu mengekalkan kelembapan sepanjang hari, menjadikan kulit terasa lebih segar, lembut dan terhidrat secara mendalam.
Artikel Berkaitan: Top 5 Serum Pilihan EH! Untuk Masalah Pori Besar