“LVMH dan Rihanna mengesahkan bahawa cita-cita mereka adalah untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan jangka panjang ekosistem Fenty yang memberi fokus kepada kosmetik, penjagaan kulit dan pakaian dalam,” lapor portal WWD.
Rangkaian Savage x Fenty dianggarkan bernilai RM4 bilion dan menerima RM460 juta baru-baru ini untuk dikembangkan ke perniagaan runcit

Walaupun berita permohonan cap dagangan Fenty Hair belum disahkan oleh tuan badan sendiri, peminat tidak mampu menahan diri daripada berasa teruja.
Kebanyakan mereka berkongsi kegembiraan di media sosial, malah ada yang membuat andaian bahawa Fenty Hair akan diperkenalkan sebelum album Rihanna yang dinanti-nantikan peminat, R9 dilancarkan. Namun, tiada siapa tahu kebenarannya.
Kali terakhir Rihanna mengeluarkan album adalah pada lima tahun lalu berjudul Anti.
Foto: Getty Images