Teks : Razin Mohd
Sempena musim cuti ini Rimmel London tampilkan koleksi khas buat solekan mata menawan. Untuk terokai lebih lanjut EH! tampilkan tiga wanita jelita DE FAM dalam menterjemah solekan #REDREBEL mereka.
Produk solekan baharu yang ditampilkan kali ini dicipta khusus buat sapuan bahagian mata dan tampil dalam tekstur bergemerlapan. Kali ini lebih inovatif yang mana ia boleh diaplikasi sebagai penggaris dan pembayang mata. Rimmel London mahu anda mencubanya sendiri dengan mengikuti tutorial yang ditunjukkani Azira, Cik Manggis dan Sophia. Hanya menggunakan dua item magis WONDER’SWIPE 2-IN-1 LINER TO SHADOW bersama palet pembayang mata MENGNIF’EYES EYESHADOW CRIMSON PALETTE, anda boleh terokai tema solekan mengikuti pilihan warna dengan kreatif. Bila sudah kemas olesannya jangan pula lupa calitkan bibir dengan STAY MATTE LIQUID LIP COLOUR!
EH! bawakan tiga jelitawan ini untuk menterjemah gaya solekan REBEL mereka menggunakan dua item utama daripada Rimmel, Azira tampilkan solekan dalam tema RAD DIVA, Sophia dalam tema GLITTER BAE dan Cik Manggis pula dalam solekan SLAY QUEEN. Mahu ketahui lebih lanjut? Saksikan video di bawah.
WONDER’SWIPE 2-IN-1 LINER TO SHADOW boleh didapati dalam 16 pilihan warna antaranya Slay, Instafamous, Ballin’, Savage, Yassss, Crush On You dan banyak lagi. Manakala MENGNIF’EYES EYESHADOW boleh didapati dalam 8 gabungan palet warna pilihan antaranya Smoke Edition, Blush Edition, New Crimson Edition, New Electric Edition, Wow Edition dan banyak lagi! Dapatkan item solekan ini di farmasi berdekatan anda.