Tidak kira pembayang mata, gincu, pemerah pipi ataupun pengilat kuku, pasti ada beberapa rona yang sentiasa hangat tanpa mengira musim.

Rata-rata gadis di Kuala Lumpur menggayakan solekan terkini dengan inspirasi rona yang cukup menawan dari pentas peragaan. Warna yang serasi kekal digayakan hingga bermusim-musim, mana yang tidak, boleh disimpan buat kenangan. Ikuti rona-rona pilihan yang hingga kini hangat dilihat di pertunjukan fesyen antarabangsa malah juga di Kuala Lumpur!