10. Pembayang Mata Platinum
Bagi anda yang bermata sepet atau kecil tahukah anda bahawa rona platinum (perak) bisa membuat mata anda tampak lebih besar? Malah ia juga serasi buat anda yang mempunyai kulit cerah. Jika selama ini anda hanya bergantung kepada solekan mata berkabut dengan penggunaan rona-rona gelap sahaja untuk efek mata galak, inilah masanya untuk mencuba rona platinum. Cuma elakkan pemakaian pewarna pipi dan pengilat bibir yang berkilau, ia akan tampak keterlaluan.