11. Pengilat Kuku Rona Putih
Masih ingat lagi waktu sekolah dulu pengalaman anda mewarnakan kuku dengan ‘liquid paper’ kala kebosanan? Idea itu akhirnya diketahui dunia kecantikan dan fesyen, dengan menjadikan rona putih mutiara hangat di pentas peragaan. Pastikan anda tidak mengoles kemasan pusam kerana ia membuatkan anda seolah-olah memang memakai ‘liquid paper’, jadi pilihlah rona putih dengan kemasan berkilau.