1. Gincu Merah Popi
Rona merah sentiasa dikaitkan dengan sesuatu yang seksi dan menggoda, namun bagaimana dengan rona gincu merah popi yang pekat dengan kemasan pusam? Awas, ia boleh menjadi sesuatu yang sangat berkuasa dalam penampilan! Gayakan gincu rona ini dengan pembayang mata rona asli dengan tekstur berkilat dan sedikit penyerlah pada tulang pipi. Sekiranya anda berkulit gelap oleskan bronzer untuk menyerlahkan lagi kontur wajah.