3. Pengilat Kuku Kelabu Gelap
Pengilat kuku berona trendy (termasuklah yang berbentuk pelekat) memang menarik dan fun, namun gaya sebegini lebih cantik kalau digayakan oleh mereka yang masih muda remaja. Bagi yang dewasa, keputusan mengoles rona seperti kelabu gelap, memang tidak salah, masih tampak sofistikated dan chic, namun ia juga boleh kelihatan terlalu berani (edgy). Jadi cuba cari pengilat kuku rona kelabu gelap ini dengan sedikit campuran kilauan kelabu, sama ada terang atau perak.