8. Gincu Plum Gelap
Tentunya rona sebegini tidak sesuai untuk digayakan ke pejabat, namun rona plum gelap ini sebenarnya mampu menyerlahkan ton kulit anda dan juga tampak agak feminin. Ia sempurna bagi anda yang berkulit dan berambut gelap, cuma pastikan anda mengoles pengilat bibir bagi melembutkan wajah. Bagaimanapun ia lebih serasi digayakan ke majlis tertentu, bukanlah untuk keluar bersiar-siar. Lainlah jika anda mahu kelihatan seperti patung Barbie.