Chanel Rouge Coco Baume membelai bibir, mengelakannya kering berkuping sambil menyuntik warna segar pada setiap senyuman.
Dalam norma baharu yang memerlukan kita memakai topeng pelitup muka, ada sebahagian wanita menjauhi gincu. Alsannya gincu mudah comot dan bersememeh. Tapi itu juga bukan alasan untuk tidak memberi sentuhan istimewa pada bibir. Ia harus dilembapkan, dan jika takut comot, solusinya pilih pelembap bibir yang punya ira warna lantas membuatkan bibir tidak tampak terlalu pucat.

Jika tidak suka bergincu, saya fikir pelembap bibir wajib ada dalam beg tangan semua orang (termasuklah lelaki). Keadaan negara kita yang panas, dan terkadang kita sendiri kurang minum air, duduk pula berjam-jam di bilik berpendingin hawa boleh menjadi faktor bibir mudah kering. Adakalanya sampai berdarah.
Jadi, bagi kamu yang malas bergincu, Chanel ada satu himpunan yang lebih ‘mesra’ pandemik, iaitu Rouge Coco Baume, sebuah himpunan pelembap bibir berwarna tipis. Ia melembapkan bibir dengan pantas kerana dengan sekali luncuran lembut bibir, bibir akan lebih lembap 29 peratus dan ia menghidrat bibir selama lapan jam. Ia mengurangkan rasa kering pada bibir hingga 12 jam. Bibir juga sudah tidak berkuping-kuping jika diteruskan pemakaian setiap hari. Penghidratan ini adalah dari manfaat shea butter serta Hydra Boost Complex.
Rouge Coco Baume juga sebenarnya pilihan terbaik bagi sesiapa yang kurang yakin dengan disiplin mereka membelai bibir. Ada orang hanya akan mencalit pelembap bibir bila bibir sudah kering berdarah. Barulah mereka berhenti menyapu gincu dan beralih kepada pelembap bibir. Tambahan pula memang ada gincu yang membuatkan bibir menjadi kering.
Koleksi yang menampilkan Lily Rose Depp sebagaiw ajah kempennya ini hadir dengan tujuh warna termasuklah yang lut sinar (Dreamy White). Enam ton yang lain pula mempunyai biasan ton coklat, koral, merah samar dan kemerahan. Dapatkannya di e-shop Chanel dan himpunan ini juga bakal berada di kaunter dan butik Chanel bermula 1 Mac 2022. Harganya RM146.
Baca: Caudalie Perkenal Vinergetic C+, Rangkaian Gender Neuteral Pertamanya