Dari nude dan rosewood halus, ke rona merah, coklat dan brick yang lebih bold, Rouge Dior membuka bab baharu dengan lebeih berani menerusi Rouge Dior On Stage, gincu berkilau berprestasi ekstrem.
Tahun 2025 menyaksikan Rouge Dior memperkenalkan pilihan warna yang lebih berdimensi inovatif di bawah arahan Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup. Menampilkan siluet baharu Rouge Dior On Stage tampil berani dengan identiti tersendiri. Gincu generasi baharu ini datang dengan inovasi formula terkini, berbeza dari hukum solekan dengan kilauan serta ketahanan yang belum pernah dilihat sebelum ini.
“Setiap kali saya menyapu gincu pada seseorang, ada perasaan wow, ada rasa ‘cool’, sofistikated, penuh keyakinan. Itulah tenaga yang ingin saya curahkan dalam ciptaan baharu ini. Rouge Dior On Stage menempatkan anda di mana anda sepatutnya berada: di bawah lampu sorot.”- Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup
Kilauan Eksklusif Jadi Tumpuan
Rouge Dior On Stage menyerlahkan bibir dengan kilauan tahan lama serta selesa membaluti bibir dengan maksimum. Teksturnya yang berkrim memberikan kelembapan sehingga 24 jam, warna gincu juga tidak mudah pudar, comot atau bersememeh.
“Kunci warnanya, biarkan cahaya bermain dengan kilauannya. Rouge Dior On Stage memberikan hasil solekan muktamad: kilauan tahan lama dengan warna yang lebih pekat.”
Ada dua warna yang diiktiraf sebagai bintang utama koleksi ini. Yang pertama 390 Redwood Star, ton merah dengan ton biru pantas menangkap mata. Dan yang kedua, 120 Iconic Rose, nude beige berona bunga mawar yang memberi nafas anggun yang saya percaya akan menjadi pilihan untuk gaya harian.
Gincu ini juga disempurnakan dengan double-phase technology. Diilhamkan daripada formula gincu cecair, ia menggabungkan dua fasa berbeza yang sebelum ini agak mustahil untuk digabungkan dalam sebatang gincu.
Gabungan inilah yang menjadi kunci prestasi luar biasa: ketahanan maksimum bersama keselesaan berpanjangan. Fasa “ultra-colour” memaku pigmen pada bibir, manakala fasa “coated shine” hasil daripada campuran minyak pilihan memastikan efek kilau dan keselesaan seiring, menjadikan bibir seakan bintang sekelip mata.
Siluet Sempurna
Rouge Dior On Stage tampil dengan bekas siluet baharu berwarna biru gelap menyerlah. Reka bentuk memanjang ini bukan sahaja melindungi formula, malah memberikan sensasi lembut dan mewah pada setiap aplikasi. Bahagian atas dihiasi motif cannage perak ikonik Dior, sementara logo CD terbalik di tengahnya menandakan permulaan era baharu.
Bentuk gincu direka khusus untuk aplikasi mudah, sekata, dan bebas kesilapan dalam hanya satu sapuan. Gabungan efek dan fungsi pensel bibir dan gincu, ia meluncur tepat pada kontur bibir dengan sempurna, mudahlah kalau anda hendak membentuk cupid bow.
“Batang gincu yang direka khas ini mengikut lengkung semula jadi bibir sambil menyapu formula dengan jumlah sempurna. Walaupun kaya dan berkrim, kawalan tetap di tangan anda. Bentuk ultra-precise ini bersama formula inovatif membimbing ke arah aplikasi intuitif dan bersahaja,” kongsi Peter Philips.

Bintang Baharu Rouge Dior
Era baharu Rouge Dior turut menampilkan wajah baharu sebagai duta solekan, bintang siri Wednesday, Jenna Ortega. Dengan feminiti moden yang penuh inspirasi, dia menguasai karpet merah Dior, memukau setiap lensa. Kempen ini diarahkan oleh Gordon Von Steiner dan dirakam oleh jurufoto Oliver Hadlee Pearch, Kempen ini memfokuskan dua rona Rouge Dior On Stage: 390 Redwood Star dan 120 Iconic Rose sebagai bintang utama.
Lihat rona penuh bagi koleksi yang dinanti-nantikan ini di pautan DIOR INI. RM205 sebatang!