Siapa yang tidak mengidamkan vanity table mewah milik Datin Intan Najuwa? Setiap inci tersusun dengan estetik yang menawan, mempamerkan deretan produk kecantikan mewah yang bukan sahaja cantik dipandang tetapi terbukti berkesan. EH! menyelami dunia peribadi Datin Intan Najuwa, membongkar rahsia di sebalik kulit berseri dan aura glamornya.
Rutin kecantikan Datin Intan Najuwa bukan sekadar ritual harian, tetapi satu pengalaman yang memberi kepuasan fizikal dan emosi. Dari serum hingga ke body oil, setiap produk dipilih dengan teliti untuk memastikan kesan yang maksimum. Yang lebih menarik, produk yang menghiasi vanity table Datin Intan Najuwa terdiri dari jenama ikonik seperti Chanel hingga ke legasi mewah La Mer, setiap item dipilih kerana keberkesanannya dan sentuhan eksklusif yang diberikan.
Bagi mereka yang ingin meniru glow Datin Intan Najuwa, EH! telah mengintai setiap produk beserta harganya khas untuk anda yang ingin tampil cantik persis selebriti tanah air ini.

CHANEL Le Lift Flash Eye Revitalizer (RM575)
Untuk mata yang sentiasa tampak segar dan berseri, Datin Intan Najuwa memilih CHANEL Le Lift Flash Eye Revitalizer. Produk dua langkah yang lebih dari sekadar serum mata. Roll-on serum anti-penuaan ini kaya dengan vitamin C yang membantu meminimumkan garis halus dan patch revitalisasi menambah kesan segera yang membolehkan mata anda tampak lebih cerah dan lingkaran gelap berkurangan.

Lumi Hydra Collagen Mask (Brighten + Smooth) (RM158)
Siapa sangka, di sebalik deretan produk mewah Datin Intan Najuwa, terselit jenama tempatan. Lumi Hydra collagen mask ini menjadi salah satu rahsia di sebalik kulitnya yang sentiasa berseri. Diformulasi dengan Marine Collagen 50,000 PPM, Hyaluronic Acid dan Probiotik, mask ini bukan sahaja mencerahkan kulit, malah menyeimbangkan kulit untuk keserian yang tahan lama. Hanya sekali pemakaian, kulit kelihatan lebih halus, lembut dan bercahaya.

LA MER The Treatment Lotion Toner (RM795)
LA MER The Treatment Lotion Toner adalah langkah wajib dalam rutin kecantikannya. Mengandungi miracle broth, toner ini memberikan lonjakan hidrasi pada kulit seawal sapuan pertama. Teksturnya yang watery boleh menembusi kulit dengan pantas, memastikan setiap lapisan kulit bersedia menerima rawatan seterusnya dengan optimum. Kulit terasa segar, lembut dan berseri seolah-olah baru selesai menjalani ritual spa eksklusif.

LA MER The Regenerating Serum (RM2,200)
Untuk garis halus dan kerutan, Serum supercharged ini membantu merangsang kolagen semula jadi, memulihkan tekstur kulit dan memberikan kesan wajah yang lebih muda. Dengan tambahan miracle broth dan metabolic ferment, kulit kelihatan lebih tegang dan segar sememangnya pengalaman kulit mewah.

LA MER Crème De La Mer Moisturizer (RM1,995)
Untuk kelembapan mendalam, tiada yang boleh menandingi Crème De La Mer. Krim mewah ini menyerap ke dalam kulit, mengurangkan garis halus dan mengembalikan kelembutan kulit. Diperkuat dengan miracle broth dan ekstrak lime tea yang kaya antioksidan, krim ini bukan sahaja melembap, tetapi melindungi kulit daripada penuaan pramatang akibat faktor persekitaran.

Chanel Coco Mademoiselle Body Oil (RM 560)
Rutin penjagaan kulit Datin Intan Najuwa tidak lengkap tanpa sentuhan aromaterapi. Coco Mademoiselle Body Oil memberikan hidrasi berpanjangan sambil meninggalkan aroma lembut dan sensual. Dihasilkan daripada campuran minyak tumbuhan berkualiti tinggi seperti jojoba dan Limnanthes alba, ia melembutkan kulit dari sapuan pertama. Haruman feminin yang ringan dengan nota oren, jasmine dan rose, dilengkapi patchouli, menjadikan tubuh dan minda terasa segar sepanjang hari.
Artikel Berkaitan: Tip Solekan Parisa Ardina & Senarai Produk Yang Digunakan
