Sebelum anda berbaring di atas katil, bermalas-malas sambil bermain telefon sampai terlelap usai abaikan rutin cantik. Malam adalah waktu untuk berehat. Dan kalau dinilai dari segi kecantikan pula malam adalah waktu terbaik untuk kulit berehat dan dirawat. Pada waktu malam khususnya ketika kita tidur, sel-sel akan bekerja untuk memperbaiki, menghasilkan sel baru. Atas faktor ini memakai krim atau apa sahaja produk yang dicipta khusus untuk merawat kulit sangat disarankan.
Tahukah anda bahawa seorang dari tiga orang dewasa mempunyai masalah tidur, dan ini dengan jelas akan mempengaruhi tahap kesihatan termasuklah dalam hal kondisi kulit. Antara cara terbaik dalam mengelakkan dari masalah sukar tidur ialah pastikan anda tidak bersenam sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur. Ada juga yang beranggapan makan lewat malam membuatkan mereka mudah mengantuk, hakikatnya tidak ia sebenarnya membuat anda lebih sukar untuk nyenyak. Tidur yang cukup sebenarnya adalah sama penting seperti bersenam dan diet. EH! Bariskan beberapa produk yang bagus untuk anda gunakan sebelum lena beradu.
Lush Beauty Sleep – Ini adalah item baru ‘Malam’ dari Lush. Baru Sahaja dilancarkan, nama produk ini diberikan sendiri oleh penggemar Lush menerusi satu peraduan online yang dilancarkan sewaktu seluruh dunia baru-baru menjalani perintah kawalan pergerakan (lockdown). Sapukan pupur ini pada wajah dan tubuh yang sudah dicuci dan dikeringkan, dan biarkan khasiat lemon verbana dan ekstrak akar velerian, minyak kelapa, gel Bentone juga daun mullein membelai kulit anda selama 15 minit. Kemudian bilas.
Laneige Lip Sleeping Mask (Berry), RM75- Saya pengguna tegar pupur bibir ini saban malam. Kadang-kadang sengaja saya sapukannya berlebih-lebih kerana sukakan rasa beri. Ia mengandungi asid hyaluronic dan ekstrak buah yang melembap dan membuatkan Sebarang kepingan kulit bibir yang kering terkopek.
Tip dapatkan tidur yang berkualiti
Kiehl’s Midnight Recovery Eye, RM165- Ia tidak mengandungi paraben, pewangi, minyak mineral mahupun silikon. Krim mata ini merawat masalah mata yang sembap, Lingkaran gelap bawah mata juga garis-garis halus. Ia mempunyai squalane, yakni bahan yang diperolehi daripada buah zaitun, dan ia juga mengadungi manfaat minyak lavender dan evening primrose. Titipkan dua titis krim mata ini dan sapu dengan lembut pada bahagian sekitar mata.
Estee Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex, RM450 (50ml)- Sejak saya mula bekerja di dunia penerbitan saya sudah diuar-uarkan akan kehebatan manfaat produk ini, dan Sudah ramai orang terkenal yangs aya tahu menggunakan krim ini. Ia melembapkan kulit hasil kebaikan asid hyaluronic, ekstrak biji kola dan juga mempunyai kafein yang bagus dalam memperbaiki peredaran darah.