Kulit berminyak bukanlah musuh ia hanyalah jenis kulit yang memerlukan perhatian yang berbeza. Dengan rutin penjagaan yang betul, anda bukan sahaja boleh mengawal kilat berlebihan, malah membantu kulit kelihatan lebih segar, seimbang dan berseri secara semula jadi. Ingat, minyak bukan masalah jika anda tahu cara menanganinya dengan bijak!
Kulit berminyak memang boleh buat kita rasa kurang yakin terutama bila wajah cepat berkilat, makeup cepat cair, dan pori-pori nampak besar. Tapi jangan risau! Dengan rutin skincare pagi yang betul, kulit berminyak bukan halangan untuk kelihatan segar, sihat dan bebas minyak sepanjang hari.Ā EH! kongsikan langkah mudah yang boleh anda ikut setiap pagi untuk kawal minyak berlebihan dan kekalkan kulit glowing tanpa rasa melekit.
1. Cuci Muka Dengan Pembersih Lembut & Bebas Minyak
Mulakan dengan pembersih muka khas untuk kulit berminyak yang dapat menanggalkan lebihan minyak dan kotoran tanpa buat kulit rasa kering atau ketat. Cari bahan seperti tea tree, salicylic acid, atau charcoal yang boleh membantu mengawal minyak dan cegah jerawat.
Rekomendasi EH!: Origins Clear Improvement⢠Active Charcoal Detoxifying Cleanser To Clear Pores
2. Gunakan Toner Ā
Toner berfungsi untuk seimbangkan pH kulit selepas mencuci muka dan membantu menutup pori-pori yang terbuka. Pilih toner yang ringan, bebas alkohol dan ada bahan seperti witch hazel atau niacinamide untuk kurangkan minyak dan radang.
Rekomendasi EH!: Mario BadescuĀ Witch Hazel & Rosewater Toner
3. Pemakaian Serum
Serum yang mengandungi bahan seperti niacinamide, zinc, atau vitamin C bukan sahaja boleh membantu memgawal minyak tetapi juga boleh mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan parut jerawat.
Rekomendasi EH!:Ā SKIN INC Vitamin B3+ Serum
4. Pelembap Ringan & Oil-Free
Walaupun kulit berminyak, pelembap tetap penting untuk kekalkan keseimbangan dan untuk mengelakkan kulit hasilkan minyak berlebihan sebagai tindak balas akibat kekeringan. Cari pelembap gel atau lotion yang bebas minyak dan cepat meresap.
Rekomendasi EH!: Farmacy Daily Greens Oil-Free Gel Moisturizer
5. PemilihanĀ Sunscreen
Langkah wajib! Gunakan sunscreen SPF 30 ke atas yang formulanya khusus untuk kulit berminyak atau bermasalah. Cari produk yang non-comedogenic dan bertekstur ringan supaya tidak tambah rasa melekit atau berminyak.
Rekomendasi EH!: SHISEIDO Clear Suncare Stick SPF 50+ PA++++
Artikel Berkaitan: Rahsia Kulit Tidak Naik Jerawat Semasa Period