LUSH Malaysia mengambil inisiatif terbaru dengan mengagihkan sabun buku organik untuk para frontliner di Hospital Sg.Buloh dan juga pengunjung yang telahpun mendapat vaksin.
Kekalkan momentum membersihkan tangan adalah satu rutin wajib dilaksanakan setiap individu terutama di musim pandemic COVID-19, ianya harus diberi perhatian sewajarnya! Bayangkan kuman, bakteria boleh merebak dengan mudah dengan melalui mata, hidung dan mata. Cuba anda bayangkan dalam satu hari berapa kerap kali anda sentuh bahagian yang senang tercemar ini? Oleh itu rutin membasuh tangan adalah penting!
Sabun adalah produk terpenting dalam membersihkan kulit terutama tangan kerana mampu menanggalkan kotoran seperti minyak dengan mudah. Tetapi, sabun jenis buku lebih efektif berbanding jenis cecair kerana ia lebih percepatkan proses membersih tangan. Sebagai pengeluar produk pembersih terutama sabun, LUSH Malaysia mengambil pendekatan untuk membantu negara dalam menghentikan penularan virus COVID-19 ini.
Pada 5 Ogos 2021, LUSH Malaysia akan mengagihkan produk pilihan ramai ini kepada barisan frontliner di Hospital Sg.Buloh dan juga kepada ahli komuniti yang hadir untuk vaksin di dewan PKKN, Sg.Buloh. Usahlah bertikam-lidah sesama manusia, bersamalah kita melawan virus COVID-19 untuk kehidupan lebih sihat dan bersih.
Setiap keluaran produk sabun buku LUSH adalah diperbuat daripada bahan organik yang meninggalkan aroma herba dan kekal lama sepanjang hari. Kombinasi formula dan tekstur ini cukup mudah digunakan dan mengekalkan kelembapan pada kulit. Dan juga bersifat anti-bakteria.
Artikel berkaitan Sabun Buku Kembali Hangat, Dan Ia Bukan Sekadar Trend