2. Furless Waxing
Block B, Jaya One, Petaling Jaya
Di Furless Waxing, tiada perasaan khuatir mahupun takut ketika sedang melakukan waxing! Setiap pekerja adalah terlatih dan punya pengalaman lama dalam bidang kecantikan. Apa yang menarik, Furless Waxing menyediakan tiga jenis wax iaitu untuk kulit sensitif yang boleh mengurangkan kemerahan dan kegatalan, bulu jenis kasar serta kurangkan kesakitan dan pertumbuhan bulu tidak cukup panjang walaupun paling pendek. Visi mereka adalah “Wax more, fear less”. Pakej Totally Furless yang berharga RM110 pada bahagian sulit antara permintaan paling tertinggi. Furless Waxing Salon juga menyediakan perkhidmatan untuk kaum lelaki yang ingin tampil bersih dan licin. Harga bagi wanita untuk bahagian muka bermula harga RM15- RM32, badan bermula harga RM15 -RM70, bahagian tangan bermula harga RM35- RM68, bahagian kaki bermula harga RM58 – RM130 dan bahagian Intimates bermula harga RM35 -RM125. Untuk lelaki, bahagian muka RM20-RM90, bahagian badan RM20-RM90, bahagian tangan RM45-RM86, bahagian kaki RM68- RM155.