Bedak kompak jenis kusyen yang dibawa oleh THE FACE SHOP ini bukan sahaja tampil mudah untuk digunakan, ia juga hadir dengan pelbagai variasi yang boleh dipilih mengikut jenis dan kondisi kulit anda!
Menampilkan bekas serba elegan baharu dalam rona hitam dan putih, Jenama THE FACE SHOP kali ini memanjangkan rangkaian bedak kusyen dengan tiga jenis impak buat bekas hitam dan putih! Memberi identiti baru pada produk kecantikan ini, anda kini boleh memilih bedak kompak kusyen mengikut jenis kulit dan juga kesan penggunaan yang efektif.
Buat bekas putih ia hadir dengan CC Intense Cover Cushion, CC Ultra Moist Cushion dan Oil Control Water Cushion, manakalah bekas hitam pula tampil dengan tiga jenis berbeza iaitu CC Cooling Cushion, CC Long Lasting Cushion dan juga BB Power Perfection Cushion. Ia memberi klasifikasi baharu agar dapat disesuaikan dengan gaya hidup anda. Untuk penerangan yang lebih jelas saksikan pengalaman selebriti dan social media influencer, Ramona Zamzam, Emma Shazlin dan Tyra Kamaruzzaman dalam mendapatkan bedak asas kusyen yang sesuai!
Yang dicuba oleh Ramona Zamzam :
CC Cooling Cushion SPF42 PA+++/15g
Bukan sahaja memberi efek dingin, ia juga memberi kelembapan pada wajah! Ini adalah kerana ia mengandungi 70% krim pelembap dan 70% bahan penjagaan wajah buat aplikasi yang lebih efektif. Ia mempunyai formula ‘Snow Oil’ yang membekalkan kesegaran pada aplikasi disamping membekalkan bedak yang tahan lama. Hasilnya kulit tampak lebih bermaya, segar dan berseri.
CC Intense Cover Cushion SPF 50+, PA+++/15g
Bedak asas ini punyai molekul asid hyaluronic halus yang baik dalam membekalkan kelembapan juga menjadikan aplikasi pada wajah lebih selesa. Istimewanya bedak ini ia dirumus bersama tujuh jenis minyak dan ekstrak bunga yang bakal memberi hasil lembap dan berseri! Minyak bunga ros di dalam rumusan bedak ini meningkatkan daya tahan pada kulit yang kusam manakala minyak lavender menjadikan kulit yang penat tampil lebih bermaya dan relaks.
Yang dicuba oleh Emma Shazleen :
CC Ultra Moist Cushion SPF 50+, PA+++/15g
Bedak kusyen berkuasa ini membekalkan kelembapan dengan lebih mendalam, ia juga turut dirumus bersama bahan-bahan penjagaan wajah aktif agar kulit tampil lebih berseri dan sihat. Ia mengaburi kedutan halus pada wajah dan juga memberi impak kulit tampak lebih bersinar dan sempurna sepanjang hari.
BB Power Perfection Cushion SPF50+ PA+++/15g
Mengandungi bahan pelembap dan bahan-bahan membaik pulih yang berkesan dalam menjaga keanjalan kulit anda. Ia meliputi kulit wajah secara menyeluruh untuk menyamar ketidak sempurnaan pada wajah. Hasilnya solekan wajah anda tampil lebih kemas, kulit pula tampil lebih sihat!
Yang dicuba oleh Tyra Kamaruzzaman :
Oil Control Water Cushion SPF50+, PA+++ 15g
Ia mengandung ‘Cotton Powder’ sebenar buat olesan yang segar dan membasmi lebihan minyak! Ia memiliki tekstur yang ringan dan juga segar tiap kali aplikasi. Bahan-bahan yang dirumus juga bermanfaat dalam mengawal sebum supaya tidak nampak bertompok dan mengekalkan kesegaran dan kecerahan kulit. Apa yang menarik, bedak ini datang bersama ‘matte applicator’ jadi solekan wajah anda kekal pusam dan sesuai digunakan buat anda yang memiliki kulit yang berminyak juga kombinasi.
CC Long Lasting Cushion SPD50+ PA+++/15g
Memberi sapuan yang kemas dan menghilangkan liang pori pada wajah! Walaupun ia tahan lama, bedak ini juga memberi impak hasil keserian asli. Ia dirumus dengan film ultra pelekat yang menghalang solekan dari tetangal akibat peluh dan sebum. Apa yang pasti, bedak kompak ini mudah dibawa ke mana-mana dan boleh touch-up pada bila-bila masa.
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi www.thefaceshop.my atau akaun facebook www.facebook.com/thefaceshopmalaysia