Januari lalu editor EH!, Khairul Abidin mengembara ke Taipei, Taiwan bersama Chanel yang mahu memperkenalkan kepadanya dengan satu produk yang menjadi kebanggaan saintis mereka.
Satu produk yang dicipta untuk semua, tidak mengira usia, jenis kulit apatah lagi jantina, lelaki perempuan boleh pakai.
SERUM UNIVERSAL
Memahami keperluan wanita hari ini Chanel meneroka fomula baharu yang diinspirasikan dari lokasi digelar ‘blue zones’ iaitu Nicoya, Costa Rica, Sardina, Itali dan Ikaria, Greece.
Empat faktor gaya hidup penduduk di sana; sihat, diet seimbang, aktiviti fizikal, dan cara mereka mengurus tekanan membuahkan satu ekosistem luar biasa yang menjadi kunci buat kesihatan yang baik dan usia yang lebih panjang, dengan itu Chanel mengkaji tiga tumbuhan bernutrisi dari kawasan zon biru dan antara yang diramu dalam serum ini ialah kopi hijau dari Costa Rica, buah zaitun dari Sardinia dan lentisk dari Greece kemudian menggabungkan kuasa tumbuhan tersebut dalam teknologi avant-garde bagi menghasilkan serum yang tulen dan berkuasa tinggi.
Tidak seperti serum lain, Chanel Blue Serum bukanlah untuk melawan penuaan, tetapi untuk memberi kesihatan yang baik agar kulit wajah tampil lebih anjal dan berseri. Blue Serum yang disifatkan sebagai produk cantik universal serasi digunakan bersama rangkaian produk penjagaan wajah lain bergantung kepada keperluan anda.
Manfaat Selepas 4 Minggu
Hasil kajian mendapati, wanita-wanita yang sudah mencuba produk ini selama empat minggu mendapati tiga kebaikan utama yang mereka perolehi.
1. Kedutan- berkurangan sebanyak 35%
2. Keanjalan- meningkat sebanyak 21%
3. Kesamarataan- meningkat sebanyak 38%
Soal jawab pantas bersama Nicola Fuzzati, Active Ingredients Research Director
Tiga bahan utama di dalam Blue Serum diekstrak dalam cara berbeza. Mengapa tidak menggunakan ekstrak sedia ada?
Banyak jenama lain menggunakan minyak zaitun dalam formula produk mereka, namun kami menggunakan ekstrak pohon zaitun yang unik. Kita tahu daun pokok zaitun sudah lama dikenali akan kebaikan pharmacopoeia nya, mengandungi hydrophilic antioxidants (termasuk polyphenols). Namun itu tidak cukup. Kami mahu hasilkan pengekstrakan yang dapat mengumpul kuasa antioksidan daunnya yang mewah dengan Omega-3, -6 dan -9. Kami gunakan teknik yang dipanggil oleo-eco-extraction.
Bagaimana pula dengan kopi hijau?
Kopi hijau kaya dengan diterpenes, yakni molekul lipophilic. Kami mulakan dengan tekanan pertama (first pressing) untuk mendapatkan minyaknya. Kemudian kami gunakan PolyFractioning untuk mengekstrak bahan aktif yang terdapat dalam minyak tersebut.
Mengapa menggunakan lentisk dari Greece kerana ia juga ada di Perancis?
Lentisk sudah digunakan beribu-ribu tahun dulu dalam makanan juga perubatan di seluruh dunia. Tetapi pohon yang menghasilkan gum dijumpai di Greece. Kami menggunakan proses pengskstrakan dengan menggunakan supercritical CO2 gas, dan cara ini adalah pertama kali digunakan oleh mana-mana produk. Kelebihan proses ini ialah ia tidak mencemarkan alam sekitar.
Tip Pemakaian
Setelah selesai mencuci wajah, lap bersih dan aplikasikan penyegar. Kemudian, ratakan CHANEL BLUE SERUM pada wajah dan urut dari bawah tulang pipi ke atas sehingga rata.