Tiada peraturan tertentu dalam bersolek, tebal atau nipis, pilihannya di tangan kita. Mana-mana solekan yang membuat kamu berasa selesa dan yakin, teruskan. Tapi dalam gaya hidup hari ini saya percaya ramai yang selesa dengan solekan yang membuat kulit terasa selesa, bertekstur ringan dan masih membuatkan kita nampak berseri-seri. Menghasilkan asas solekan yang nampak semula jadi tentunya sesuatu yang mencabar, tak semua orang memiliki kemahiran itu walaupun jurusolek selebriti.
Bila bercakap tentang produk yang sinonim dengan tekstur yang ringan, yang membuat kulit nampak berseri-seri, Touche Eclat sudah lama menjadi item wajib ada dalam kit mekap jurusolek profesional. Terbaru YSL Beauty memperkenalkan tiga item baru di bawah payung Touche Eclat, iaitu TOUCHE ÉCLAT LE TEINT CRÈME, bedak asas dan manfaat penjagaan kulit disatukan, turut ada ialah TOUCHE ÉCLAT BLUR PRIMER SILVER iaitu primer dengan undertone perak dan yang ketiga TOUCHE ÉCLAT 3D ALL OVER GLOW, bedak untuk keserian berdimensi. Ketiga-tiga produk ini sudah boleh dimiliki di www.yslbeauty.com.my
Jom ikut temubual bersama wajah kempen rangkaian ini, Kaia Gerber. “I AM THE LIGHT,”katanya.
Ada sebarang pengalaman dengan Touche Eclat sebelum kamu dipilih sebagai jurucakapnya?
Saya memang peminat setia Touche Eclat kerana teksturnya terasa ringan pada kulit. Saya bukan orang yang suka bersolek tebal, dan Touche Eclat membuatkan kulit saya nampak segar sepanjang hari.
Apa yang kamu suka tentang Touche Eclat Teint Crème?
Saya sukakannya kerana teksturnya masih terasa ringan pada kulit. Saya suka mengolesnya pada wajah menggunakan jari, terasa glowy.
Antara Touche Eclat Blur Primer in Silver dan Touche Eclat All over Glow, mana satu yang akan dibawa bersama dalam beg tangan kamu?
Kedua-duanya kerana saya boleh bermain dengan kedua-duanya dan saya suka efek kilauannya.
Apa yang kamu suka bekerja dengan Tom Pecheux?
Bekerja dengan Tom selalu terasa bagaikan mimpi. Tak rasa seperti sedang bekerja bila bersama dengannya. Terasa seronok dan dia memang kenal dengan muka saya, jadi dia tahu bagaimana mahu menyerlahkan wajah saya.
Apa pendapat kamu tentang sentuhan Tom? Adakah ini gaya solekan harian kamu?
Semestinya! Inilah solekan yang mencerminkan personaliti saya. Terasa sangat ringan dan tipis tapi dalam masa yang sama tampak fun and playful.