Adakah anda bersedia dalam kembara penjagaan rambut sihat? Produk Syampu Detoks dikatakan solusi terbaik masa kini terutama di musim pandemik
Healthy hair starts with a healthy scalp! Kerana kulit kepala merupakan asas utama untuk rambut tumbuh. Jika anda sedar di pasaran masa kini, banyak jenama yang sedang mempromosi syampu jenis detoks? Scalp detox adalah esensi terbaru dalam membersihkan secara dalam masalah kulit kepala terutama folikel di setiap lapisan debris dan mengimbangi kembal pH kulit kepala untuk mencipta ruang rambut lebih sihat.
Seperti mana anda exfoliate kulit wajah pada hari tertentu, prosesnya sama seperti anda menjaga kulit kepala. Perlu diberi perhatian! Scalp detox juga bertindak sebagai membersih segala bahan kimia atau kotoran terutama pencemaran, air kotor, berminyak dan sel kulit mati.
Apakah tanda anda perlu lakukan Scalp Detox?
Apabila kulit kepala mula merekah, gatal dan kemunculan kelemumur yang ketara! Saat membasuh rambut, ianya seperti melekit, itulah tandanya anda perlu lakukan proses detoks. Cara pengunaannya cukup mudah, dan efek lebih bagus adalah anda lakukan double-cleanse. Basahkan rambut sebelum syampu dan sapukan pada kulit kepala, urut sementara untuk beberapa minit dan jangan lupa untuk fokus pada kulit kepala kerana kita sering fokus pada rambut tetapi terlupa akan masalah utama berpunca pada kulit kepala yang tidak bersih. Basuh terlebih dahulu dan letakkan syampu untuk kali kedua dan kali ini dibiarkan beberapa minit sebelum dibasuh dengan air sejuk.
Berapa kerap kali perlu Scalp Detox?
Ada sesetengan bahan yang terkandung mungkin akan buat kulit kepala iritasi dan semakin kering terutama jika anda punya masalah kulit sensitif! Seperti contoh Asid Salicylic sangat bagus untuk proses exfoliate tetapi agak merengsakan kadang-kala. Petua bagus untuk lakukan Scalp Detox iaitu jangan lakukan proses ini sama hari ketika anda sedang warnakan rambut. Dan juga jangan ketika ikat rambut terlalu ketat atau lakukan dandanan rambut yang meletakan tekanan pada kulit. EH! Bariskan syampu detoks untuk anda cuba dan amalkan rutin terbaru ini