Wajah Scarlett Johansson sentiasa berseri kala tampil di karpet merah, dan kini dia memilih untuk berkongsi rahsianya.
Dua hari lalu, Scarlet mengumumkan dia kini sedang sibuk menghasilkan jenama kecantikan sendiri yang dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2022.
“Beberapa tahun lalu, saya menolak beberapa tawaran daripada jenama kecantikan dengan matlamat untuk mencipta sesuatu yang real buat saya. Hasilnya, pendekatan yang bersih dan mudah kepada kecantikan,” jelasnya dalam satu siaran media.