Walaupun maklumat terperinci seperti nama rasmi, butiran produk dan penjenamaan masih belum didedahkan, kita semua tahu pelakon berusia 37 tahun ini tidak asing lagi dalam industri kecantikan.
Dia sebelum ini pernah bekerjasama dengan jenama terkenal seperti L’Oreal Paris dan menjadi model untuk wangian Dolce & Gabbana The One.
Namun apabila bercakap mengenai jenama sendiri, dia ingin beroperasi secara bebas dan melibatkan diri dalam setiap aspek syarikat, meluahkan kreativiti dan mempertahankan visinya.