Untuk mencapai matlamat itu, Scarlett bekerjasama dengan pakar dalam bidang kecantikan untuk memastikan visinya menjadi kenyataan. Dia mengasaskan jenama tersebut bersama Kate Foster yang merupakan eksekutif kecantikan dan fesyen.
Bintang Black Widow itu juga menjalin kerjasama dengan The Najafi Companies, sebuah syarikat pelaburan swasta yang membiayai jenama itu sepenuhnya. Syarikat ini juga pernah melabur dalam jenama Pattern Beauty milik pelakon Tracee Ellis Ross dan Moon Oral Care.