Ini bukanlah jenama kecantikan selebriti pertama yang muncul pada tahun ini, namun ia menimbulkan keterujaan di kalangan peminat.
“Sekiranya ada seseorang yang saya percaya memiliki kecantikan sebenar dan semula jadi, tanpa Photoshop, tanpa rawatan estetik, dia adalah Scarlett Johansson. Saya pasti akan membeli produknya,” tulis seorang peminat di Twitter.
Seorang lagi menambah, “Sudah tiba masanya untuk berhenti membeli buku dan mula berbelanja pada produk solekan yang mungkin anda tidak akan gunakan pun, semata-mata kerana ia daripada jenama kecantikan Scarett Johansson!”.
Foto: WireImage