L'Absolu Rouge Drama Matte pastinya bakal menjadi pelengkap hari anda kala bergaya tidak kira ke mana sahaja.
Selepas pelancaran shade lipstik dari Lancôme pada tahun 2016, tahun ini L'Absolu Rouge menampilkan pembaharuan dalam rangkaian ini yang mana ia lebih matte dan cukup trendy.
Tampil dengan 24 rona kesemuanya, masing-masing mampu memberikan impak shades yang cukup mengujakan. Berformulakan yang lebih matte, intense, lebih menyerlah dari rona merah matte yang biasa, creamy, lembut dan keselesaan yang melampau. Anda boleh mula dapatkannya di pasaran bermula September ini pada harga RM112.