Penuaan itu fitrah kehidupan, tapi masih ada cara melengah atau memudarkan tandanya pada kulit wajah. Estee Lauder ada jawapannya.
Kajian menunjukkan bahawa 25 peratus sahaja penuaan seseorang itu dipengaruhi faktor genetik, namun 75 peratus lagi dipengaruhi keadaan sekeliling dan juga gaya hidup seseorang. Jadi adalah sangat penting untuk kita menjalani gaya hidup yang sihat, seimbang dan juga setia dengan rejim penjagaan kulit. Gaya hidup ini merangkumi apa yang kita makan, adakah kita merokok atau mengambil alkohol, sama ada kita menikmati tidur yang cukup atau sebaliknya, mahupun bagaimana kita mengawal tekanan atau stres. Dan waktu terbaik untuk membelai dan merawat kulit adalah pada waktu malam, sewaktu tubuh sedang direhatkan.
Mengapa sewaktu kamu diulit mimpi menjadi masa terbaik untuk merawat kulit? Ada banyak sebabnya, dan salah satunya ia adalah detik terbaik untuk mempersiapkan kompleksi untuk berhadapan dengan anasir yang akan merosakkan kulit keesokan pagi. Pencemaran, kotoran, pancaran terik matahari dan kesan solekan antara yang berperanan menyebabkan kerosakan pada kulit. Jadi, malam adalah detik terbaik untuk merehat dan merawatanya.
Kulit juga lebih mudah meresap manfaat juga kebaikan produk penjagaan kulit yang digunakan pada waktu malam. Ini antaranya berpunca daripada resam semula jadi kulit akan berasa lebih ‘tenang’ pada waktu malam atas faktor pengaliran darah yang lebih lancar saat tubuh sedang berehat. Tidur yang cukup juga memainkan peranan penting dalam rejim memastikan kulit lebih sihat dan segar.
Tapi persoalannya apakah produk yang bagus untuk kamu sapukan apda wajah sewaktu tidur? Kami ada jawapannya, dan pilihan ini diakui sendiri oleh ramaiw anita yang sudah mencubanya bertahun-tahun. Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex yang baharu adalah pilihan kami. Krim belaian waktu malam ini sudah lama berada di pasaran, dan acap kali diperbaharui formulanya untuk meningkatkan keberkesanannya. Terbaru, Estee Lauder memperkenalkannya dengan revolusi terkini yang mana mereka menggunakan ChronoluxTM Power Signal Technology yang mana ia berkesan dalam memperbaiki atau memudarkan garis-garis halus lebih cepat, sepantas dalam masa tiga minggu.
APA LAGI YANG MENARIK?
Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex membantu kulit untuk memperbaharui selnya dan menghasilkan kolagen untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal. Krim ini diserap masuk ke dalam kulit dengan cepat untuk memudarkan tanda penuaan selain melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan faktor persekitaran. Estee Lauder yakin, selepas penggunaan sebotol, tanda penuaan akan berkurangan, kulit lebih sihat, lebih muda dan anjal.
Demi menyempurnakan serum ini, Estee Lauder menjalankan kajian ke atas 80 petanda molekul mikro yang ditemui di dalam sel kulit untuk memahami peranan sel tersebut dalam hal penuaan. Hasil kajian mereka mendapati petanda molekul mikro ini yang memperbaiki sel kulit nan rosak dan merawat tanda penuaan. Molekul mikro ini turut secara semula jadinya menggalakkan pembaharuan sel dan menggalakkan pengeluaran kolagen.
CARA PENGGUNAAN
Cara menggunakan Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex cukup mudah. Sapukan dengan rata pada wajah yang sudah dibersihkan. Kemudian barulah disusuli dengan sapuan pelembap dan krim tabir suria. Gunakan dua kali sehari, yakni pada waktu siang dan malam. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ia bebas minyak, sulfite dan sulfat, paraben, minyak mineral serta phthalates.
Harganya 30ML RM 334 (30ml), RM 455 (50ml) dan RM 606 (75ml).
KEHEBATAN CHRONOLUX POWER SIGNAL TECHNOLOGY
Diinspirasikan daripada sains epigenetik, teknologi eksklusif ini disempurnakan dengan pengaktifan micro signaling molecule dan dikuasakan dengan ekstrak yis, peptida dan bahan-bahan berasaskan tumbuhan untuk memaksimumkan penyembuhan kulit secara semula jadi.
ChronoluxTM Power Signal Technology membantu:
- Menggalakkan proses pembaikan semula jadi kulit.
- Membantu menyokong penyegerakan semula jadi proses pembaharuan kulit semula jadi supaya kulit dirawat pada waktu yang tepat yakni pada waktu malam. Juga, memaksimumkan pembaikan dan perlindungan kulit pada waktu malam dan siang.
- Menyokong proses penulinan semula jadi yang membantu sel kulit menyingkir serpihan dalaman mereka sendiri, yang merupakan faktor utama daripada kerosakan selular.
- Membantu meningkatkan pembaharuan sel kulit semula jadi dan penghasilan sel kulit baharu yang segar sebanyak 43 peratus.
- Membantu meningkatkan pengeluaran kolagen semula jadi.
HASIL PENGGUNAAN ESTEE LAUDER ADVANCED NIGHT REPAIR SYNCHRONIZED MULTI-RECOVERY COMPLEX BAHARU
Pada titisan pertama kulit akan kelihatan berseri dan anjal dengan penghidratan 72 jam. Kulit juga dilindungi dengan pelindung antioksida selama lapan jam. Malah ketahanan kulit juga diperkasakan.
Selepas penggunaan tiga minggu secara berterusan kulit akan berasa lebih tegang malah garis-garis halus juga berkruangan sebanyak 25 peratus.
Bagaimana pula hasilnya jika kamu menggunakan sebotol? Hasilnya pori kulit lebih ketat. Menurut pemantauan ke atas wanita yang menggunakannya juga mendapati 90 peratus daripadanya bersetuju kulit kelihatan lebih sihat berseri.
Klik pautan ini untuk pengalaman acara virtual Estee Lauder Advanced Night Repair 2022.
LENGKAPKAN DENGAN INI!
Gaya hidup hari ini yang memerlukan kita duduk lama di hadapan komputer, tambah pula dengan norma baharu mesyuarat secara maya (virtual meeting), tambah pula dengan tabiat bermain telefon bimbit, melihat media sosial sebelum tidur, ini semua ada kesannya pada penuaan bahagian sekitar mata. Para saintis di Estee Lauder mendapati gerakan mata berulang-ulang seperti kelipan mata ada kesannya kepada penghasilan kolagen sekitar mata. Tambahan pula kulit sekitar mata 40 peratus lebih nipis berbanding kulit di bahagian lain, jadi belaian dan penajgaannya juga perlulah lebih khusus dan produk yang dilengkapi dengan intipati dan formula istimewa.
Jadi, mereka memperkenalkan Advanced Night Repair Eye Concentrate Matrix Synchronized Multi-Recovery Complex yang baharu, yang mana serum ini disempurnakan dengan ChronoluxTM Power Signal Technology yang melengkapkan Fast Visible Repair and Youth-Generating Power yang mana ia bagaikan kusyen yang menyokong pada tiap gerakan mikro sekitar mata.
Serum ini turut dilengkapi dengan tongkat besi yang direka khusus yang akan menyejukkan bahagian mata. Penggunaan serum dan urutan lembut dengan ‘tongkat’ ini akan melembut, memuluskan kulit sekitar mata, memudarkan garis halus termasuklah membuatkan mata kelihatan lebih bersinar. Harganya RM339 sebotol.
PROMOSI ISTIMEWA
Usah lepaskan peluang mendapatkan Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex dan Advanced Night Repair Eye Concentrate Matrix Synchronized Multi-Recovery Complex pada harga istimewa di acara virtual Advanced Night Repair 2022. Nikmati promosi di bawah dengan klik pautan ini.