Teks : Razin Mohd
Inspirasi dari gaya ikonik Yves Saint Laurent, T-shirt putih dan jaket hitam, wangian baharu ‘Y’ ini menyerlahkan keseimbangan antaran kesegaran juga kekuatan.
Nota maskulin yang diketengahkan dalam wangian Yves Saint Laurent ini mencerminkan aura keyakinan tanpa batasan, keseimbangan, keharmonian juga kesegaran sepanjang hari. Segalanya bermula dengan ‘Y’, it makes everything possible.
EH! mengumpul tujuh selebriti; tiga selebriti lelaki dan dua pasangan selebriti dalam menterjemah makna ‘Y’ dari sudut pandangan mereka juga berbicara berkenaan nilai hidup, karier dan arah tuju yang dipilih.