Memiliki solekan sempurna setiap masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dikecapi, lebih-lebih lagi di sini, cuacanya tidak konsisten, sukar buat gadis moden hari ini untuk capai kesempurna kulit yang mereka inginkan. Setuju?
EH! mahu selesaikan masalah anda, Ada satu jenama solekan mega dari Shiseido yang baru sahaja ketengahkan bukan satu tetapi tiga rangkaian buat asas solekan yang memberi tekstur kulit tampak sempurna tetapi juga boleh ‘sync’ seiring dengan kondisis kulit dan pesekitaran anda dengan Synchro Skin baharu dari Shiseido. Baru-baru ini EH! telah satukan sembilan ‘socialist’ terkenal Malaysia antaranya Kilafairy, Elvina Mohamad, Nadia Brian dan ramai lagi semasa mereka semua sedang dalam perjalanan untuk ke majlis istimewa, apa yang menjadi perhatian adalah apabila mereka menggunakan ketiga-tiga item cantik baharu dari Shiseido ini! Saksikan video di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Shiseido punya resume yang panjang dalam penghasilan rangkaian solekan dan penjagaan kulit wajah, lebih 140 tahun, dan James Boemer, Golbal Artistic Director Shiseido berkata rangkaian Synchro Skin ini dicipta dengan inovasi baharu yang mana ia boleh sync dengan persekitaran anda, tidak kira di mana anda berada, dalam masa yang sama membekalkan kesempurnaan kulit yang natural dan ringan seperti tidak menyapu apa-apa pada kulit. Teruskan skrol ke bawah untuk ketahui tiga produk magis ini!
#1 SYNCHRO SKIN Tone Up Primer Compact
Primer sudah jadi item penting dalam membekalkan asas kulit yang cerah, lembut dan lebih tersedia sebelum anda mengoles solekan tetapi apa yang Synchro Skin Tone Up Primer Compact cuba ketengahkan adalah pemakaian primer yang lebih berinovatif, lebih hebat dari primer yang sedia ada di pasaran hari ini. Ringan dengan tekstur liquid-cream bakal memberi rasa sensasi segar dan dalam masa yang sama menghidrat kulit sehingga lapan jam.
Punya bahan penting sama seperti yang ada di dalam krim pelembap, ia juga turut diperkaya dengan hyaluronic acid, bahan natural thyme extract dan Smart Correctiong Powder yang memberi samaran cahaya untuk kesan ‘poreless’ yang anda idamkan. Mahu tambah lagi keistimewaannya ia juga turut dirumus bersama illuminating pearls untuk mengelakkan kesan kusam selama enam belas jam juga Time Match Powder yang bakal meresap segala lebihan minyak dan turut memelihara kulit dari sinar UV dengan kandungan SPF24/PA+++.
#2 SYNCHRO SKIN Glow Cushion Compact
Sudah jadi satu item solekan yang sering digunakan wanita moden hari ini, bukan atas dasar trend tetapi akan keberkesanannya dalam memberi sapuan bedak yang lebih mudah, ringan dan sekata. Namun Synchro Skin tidak mahu berhenti disitu sahaja, Shiseido mahu anda alami sapuan bedak selangkah lebih dari itu. Dihasilkan bersama Responsive Sensory Technology bedak ini boleh menyesuaikan diri dengan kondisi kulit untuk kekal berseri sehingga lapan jam bersama lapan jenis pilihan warna yang bakal seiring dengan kuit anda.
Dalam bekas yang sleek dan nipis, ia juga turut diperkaya dengan ekstrak thyme, SPF 23, skin-smoothing St. John’s Wort untuk melindungi kulit dari UV berbahaya sambil melembapkannya. Mahu anda rasa selesa, berseri dalam tekstur cukup ringan, bedak kusyen ini juga turut didatangkan bersama Time Match Powder yang bakal beri keserian asli sementara mengawal minyak pada pemukaan kulit. Ia juga melembap selama lapan jam, terima kasih pada bahan berkuasa hyaluronic acid dan hydro-sensing polymers.
#3 SYNCRO SKIN SELF-REFRESHING Custom Finish Powder Foundation
Antara item solekan legenda yang kekal releven dari dahulu hingga sekarang, bedak asas jenis kompak ini tetap jadi pilihan ramai. Shiseido mahu menghidupkan semula bedak kompak yang boleh digunakan semasa kering atau basah dalam masa yang sama ringan dan breathable sepanjang hari. Ia dirumus bersama kesemua keistimewaan yang ada dalam rangkaian Syncro Skin, tetapi apa yang istimewa ialah ActiveForce Technology yang mampu disesuaikan dengan suhu dan kelembapan di persekitaran anda supaya ia kekal segar tanpa perlu touch-up berkali-kali.
Tampil dengan enam belas warna, Custom Finish Powder Foundation ini turut hadir bersama SPF 35/PA++++, bahan antioksida utama ekstrak thyme, pemantul keserian ekstrak mutiarat, hyaluronic acid agar kulit kekal lembap, 4-Fold Technology untuk melindungi kulit dari pencemaran dan Smart Correcting Powder untuk merangsang tekstur dan warna kulit agar sentiasa tampak menawan sehingga dua puluh empat jam. Dengannya, kulit akan bebas dari kesan comot peluh, rasa berminyak dan semestinya jadi item solekan on-the-go kegemaran anda.