KOSÉ ungkap rahsia kulit wajah cantik dengan rangkaian siri terbaharu Sekkisei Clean Beauty, rahsia kulit wanita jepun sihat dan berseri bak salji.
KOSÉ menghadirkan inovasi terbaharu mereka, Sekkisei Clean Beauty, yang mengandungi ramuan semulajadi yang lembut dan efektif. Siri ini tidak hanya menjanjikan kulit yang bersih, tetapi juga sihat.
Sekkisei, yang bermaksud “salji”, menjadi simbol harapan untuk kulit cantik dan berseri, dengan teknologi terkini dan bahan semulajadi yang dipilih secara teliti, Sekkisei Clean Beauty menjaga kelestarian alam dan kulit anda.
Dengan kelembutan ramuan semulajadi dan teknologi penjagaan kulit terkini, Sekkisei Clean Beauty menawarkan pengalaman penjagaan kulit yang berkesan dan memberi impak positif kepada kulit anda, diformulasikan dengan bahan asal ITOWA daripada Jepun, dan pelbagai ramuan herba, Sekkisei menjaga keadaan asas kulit anda dengan baik.
Sekkisei Clear Wellness Gentle Wash (RM86)
Pencuci muka Sekkisei Clean Beauty ini tidak hanya efektif dalam menghilangkan blackheads dan sel kulit mati pada permukaan wajah yang menyebabkan kulit kelihatan kusam, tetapi juga menjaga kulit agar tetap bersih dan sihat. Formulanya yang lembut an telah diuji secara dermatologi menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif.
Artikel Berkaitan: Kemeriahan EH! Raya Lounge Bersama Cik Manggis Di Bengkel Cantik KOSÉ SEKKISEI