Tyra Banks
Dalam temu bual bersama Wall Street Journal pada 2011, supermodel dan hos Dancing With The Stars ini bercakap mengenai impak tekanan terhadap ‘mahkotanya’. Ketika itu dia sibuk membahagikan masanya menulis novel pertama, Modelland dan menjalani penggambaran Top Model.
Tyra berkongsi mengenai tahap tekanan yang dialami dan bagaimana dia mengabaikan pemakanan sehingga memberi kesan terhadap rambutnya. “Bagaimana saya ingin jelaskan kepada anda tanpa mengalirkan air mata? Saya mengalami alopecia disebabkan tekanan,” katanya.