Viola Davis
Seawal usia 28 tahun, Viola yang merupakan antara pelakon dengan bayaran tertinggi kehilangan sebahagian besar rambutnya akibat alopecia. Kongsinya kepada Vulture, dia mempunyai tompok botak di tengah kepala disebabkan tekanan dan sentiasa memakai rambut palsu kerana terdesak untuk kelihatan cantik. Viola mengakui menghabiskan separuh usia hidupnya dalam penderitaan namun kini membuat keputusan untuk menerima kekurangan diri dengan hati terbuka.