Jika ditanyakan kepada mana-mana wanita, apakah ciri-ciri bedak asas yang mereka cari, jawapan yang selalu diberikan ialah litupan penuh yang boleh menutup cela, tahan lama dan teksturnya mestilah ringan. Dan Dior antara jenama kecantikan yang memahami kehendak wanita dan sudah lam memenuhi kemahuan itu. Namun yang istimewanya, Dior menambah manfaat pada bedak asasnya, kebaikan yang sama ada dalam produk penjagaan kulit.
Dior Forever antara bedak asas yang disukai ramai. Malah ramai jurusolek dan selebriti Malaysia yang cukup sukakan dengan bedak asas ini. Dengan tagline ‘Forever Wear, Forever Care’ bedak asas ini mempunyai 86 peratus ekstrak bunga yang membutakan pemakaian berasa selesa dan tahan lama. Dior Forever hadir dengan dua pilihan iaitu Dior Forever yang memberikan kemasan pusam (matte) dan Dior Forever Skin Glow bagi wanita yang senang dengan efek glowing dan membuatkan kulit berasa lembap. Lebih istimewa rangkaian Dior Forever mempunyai 67 ton yang boleh dipilih, pasti ada satu yang sesuai dengan ton kulit wajah anda untuk hasil yang tampak semula jadi.
Penyamar Noda Generai Baru
Dior juga melengkapkan rangkaian asas Dior Forever dengan Dior Forever Skin Correct, penyamar noda yang punya fungsi sebagai face corrector. Teksturnya membuatkan kulit selesa pabila dicalit dengannya, tidak berat tapi hasilnya tahan lama.
Terdapat pelbagai cara menyapu penyamar noda. Ada yang memilih untuk menyapu keseluruhan wajah dengan bedak asas kemudian barulah dicalit penyamar noda. Tapi saya suka melihat cara jurusolek Khir Khalid. Dia akan menyapu penyamar noda terlebih dahulu sebelum menyapu bedak asas. Dari situ, bila cela disamarkan maka kita tidak akan menggunakan bedak asas terlalu tebal.