Oleh: Izzati Saadin
Inginkan kuku yang cantik menawan seperti rawatan di salon? Tidak mustahil jika anda cukup peralatan yang diperlukan!
Ikuti 8 langkah penting dalam menghasilkan seni kuku:
1. Pastikan segala peralatan yang diperlukan mencukupi.
2. Buangkan kutikel kuku dengan menggunakan lidi khas agar permukaan kuku lebih rata dan bersih.
3. Rata dan bentukkan kuku menggunakan ‘buffer’
4. Oles dua lapisan pewarna kuku, pastikan lapisan pertama kering terlebih dahulu untuk mengelakkan permukaan kuku yang berbelak.
5. Oleskan ‘Top Coat’ agar lapisan pewarna kuku tahan lama dan tidak bercalar.
6. Untuk langkah seni kuku letakkan pelekat pada belakang kuku (apabila lapisan pewarna kuku tadi kering) untuk mewarnakan rona kuku berlainan pada bahagian hujung kuku. Tarik pelekat apabila pewarna kuku dipastikan kering.
7. Bersihkan kesan comot disekeliling kuku untuk menghasilkan seni kuku yang kemas.
8. Hasil seni kuku. Selamat mencuba!