Setiap kali Zara Larsson di for you page anda, perbualan utama sentiasa mengenai vokalnya dan juga solek dan seni badan yang sangat menarik di atas pentas.
Sentuhan makeup dan body art oleh Sophia Sinot buat Zara Larsson jelas menandakan transformasi visual yang lebih eksperimental dan penuh artistik. Setiap elemen yang dibentuk terasa fresh, memancarkan tenaga baharu yang selari dengan arah rebranding Zara yang kini lebih playful.
Dalam era ini, Zara Larsson memilih untuk meraikan identiti summer yang menjadi signature, lengkap dengan vibe pantai, laut dan mood santai. Estetika ini diperkukuhkan melalui pilihan warna terang, efek glossy dan kemasan kulit yang memberi ilusi sun-kissed sepanjang masa.
Motif dolphin dan elemen laut pula muncul sebagai simbol konsisten, memperkukuhkan naratif carefree yang menjadi tunjang kepada persona baharunya. Bukan sekadar visual menarik, tetapi strategi estetik yang membentuk identiti yang mudah dikenali dan kekal dalam ingatan.
Apa yang benar-benar mencuri perhatian adalah permainan warna pada bahagian mata yang tampil menyerlah dengan eyeshadow terang. Gabungan rona neon seperti biru, pink, hijau dan kuning menjadikan solekan mata Zara kelihatan lain daripada yang lain. Agak memberikan sedikit getaran y2k atau rupa 80-an dimana eyeshadow terang sangat diagungkan dan diikuti ramai.
Bukan itu sahaja, penggunaan rhinestones yang banyak dan disusun secara kreatif menambahkan elemen dramatik pada keseluruhan look. Batu-batu kecil ini diletakkan di sekitar mata dan wajah, mencipta efek berkilau yang terasa sangat editorial dan girl’s dream.
Selain solekan, sentuhan body art oleh Sophia Sinot turut menjadi elemen utama dalam keseluruhan transformasi Zara Larsson. Rhinestones disusun dengan teliti pada tubuh, termasuk motif rama-rama di bahagian tulang belakang, hiasan bintang pada bahagian paha tampak sungguh artistic.
Ini merupakan koleksi Sophia Sinot sepanjang Midnight Sun tour
Gabungan solek mata berwarna ungu dan rhinestone ungu di seluruh kelopak mata.

Bagi menyerlahkan lagi, solek mata warna kuning dan biru digunakan serta rhinestones pelbagai . Tidak lupa juga, corak bibir merah di tangannya juga ditambahkan rhinestones.
Corak rama-rama menggunakan rhinestones pada permukaan tulang belakang Zara Larsson.

Bintang bersinar pada bahagian pipi sehingga ke bahagian peha, solek mata dan pemerah pipi yang sangat pigmented tampak seperti warna bunga.
Lebih bold dengan bulu mata dan eyeliner warna biru terang, tambahan rhinestones berwarna biru dan putih bercorak seperti galaxy.

Tulisan “Life’s A Beach” menggunakan rhinestones pada bahagian upper chest dan glitter pada seluruh badan.
Keseluruhan estetika ini juga selari dengan pelancaran album terbaharunya, Midnight Sun, yang mencuri perhatian dan menjadi bualan hangat peminat global.
Melalui gabungan muzik dan visual yang kuat, Zara Larsson berjaya mencipta satu era yang sangat on-brand. Transformasi ini membuktikan bahawa keberanian bereksperimen mampu menjadikan seorang artis lebih relevan dan ikonik dalam landskap pop semasa.
Bukan asing dalam dunia kecantikan selebriti, Sophia Sinot turut dikenali dengan sentuhan kreatifnya bersama nama-nama terkenal lain.






